INTERNATIONAL
Perjanjian tarif timbal balik mungkin dicapai selepas 2 April - Trump

Trump bercakap kepada media ketika berada di dalam pesawat Air Force One sebelum mendarat di West Palm Beach, Florida, AS, 28 Mac 2025. REUTERS
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata ada kemungkinan bagi AS dan negara lain mencapai perjanjian mengenai tarif timbal balik tetapi hanya selepas 2 April, lapor Xinhua.
Bercakap kepada wakil media di dalam pesawat Air Force One pada Jumaat, Trump berkata beliau "pasti terbuka" kepada perjanjian sedemikian jika "kita boleh mendapatkan sesuatu daripadanya."
Trump menegaskan bahawa tiada perjanjian sedemikian akan dimeterai sebelum 2 April.
Pada Isnin, Presiden AS itu menyatakan bahawa beliau mungkin memberi "banyak negara kelonggaran" terhadap tarif berkenaan tetapi hanya berdasarkan prinsip timbal balik.Beliau turut memaklumkan bahawa tarif baharu akan diumumkan terhadap industri farmaseutikal dalam masa terdekat, tanpa memberikan butiran lanjut.
Trump telah menetapkan 2 April sebagai tarikh akhir bagi pelaksanaan tarif timbal balik yang akan menyamai kadar tarif AS ke atas barangan asing dengan kadar yang dikenakan negara lain terhadap produk AS.
Dasar perdagangan menggunakan tarif timbal balik itu dikatakan melemahkan sistem perdagangan global dan menimbulkan ketidaktentuan kepada perniagaan, menurut pakar. Mereka juga berpendapat bahawa langkah tarif Trump akhirnya boleh membawa kesan negatif kepada ekonomi AS sendiri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami