awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan rakyat Palestin cari air bersih setiap hari di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2024
01:45 MYT
Perjuangan rakyat Palestin cari air bersih setiap hari di Gaza
Abu Nabeel Heles dan keluarganya menikmati juadah berbuka puasa di sebuah sekolah tempat mereka berteduh. - Gambar REUTERS
GAZA: Penduduk Palestin yang mencari perlindungan di selatan Gaza berjuang setiap hari untuk mencari air dan bilik air yang berfungsi serta mempunyai bekalan air bersih.
Mereka juga hidup dalam ketakutan sekiranya berlaku serangan udara Israel di samping ancaman penyakit yang semakin meningkat.
Pengeboman dan pencerobohan darat Israel ke atas Gaza telah mendorong hampir semua rakyat Palestin bergerak ke arah bandar selatan Rafah di sepanjang sempadan Mesir.
Di kem pemindahan sementara Muwasi, perhatian mereka beralih kepada mengambil air iaitu tugas yang mengambil sebahagian besar waktu siang.
Kanak-kanak dan lelaki berkumpul di salah satu paip air pertanian yang digunakan secara eksklusif untuk mencuci dan tidak sesuai untuk diminum.
Seterusnya, mereka menuju ke salah satu lori tangki air minuman di kawasan itu di mana mereka beratur untuk mengisi bekas masing-masing.
Menurut Tabung Kanan-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), piawaian global untuk kecemasan kemanusiaan mengatakan perlu ada maksimum 20 orang menggunakan satu tandas.
Di Rafah, terdapat lebih kurang satu tandas untuk setiap 850 orang.
Untuk pancuran mandian, empat kali ganda jumlah itu iaitu satu pancuran untuk setiap 3,600 orang.
Dalam perkembangan sama, orang ramai menerima 15 liter air setiap hari dan minimum mutlak tiga liter hanya untuk meneruskan hidup.
Isi rumah yang ditinjau mempunyai akses kepada kurang daripada satu liter air selamat setiap individu untuk setiap hari.
Sementara itu, keluarga menderita akibat penularan penyakit yang semakin meningkat terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan puluhan ribu kes jangkitan saluran pernafasan atas, cirit-birit, kutu, kudis, cacar air, ruam kulit di pusat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penularan penyakit yang cepat terutamanya oleh kesesakan dan kebersihan yang teruk disebabkan oleh kekurangan tandas dan air untuk mencuci. - Agensi
Topic Berkaitan
#Gaza
#bekalan air
#rakyat Palestin
#ancaman penyakit di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan