"Saya akan hidup sebagai seorang wira, saya akan kekal sebagai wira, dan saya akan mati sebagai seorang wira sehingga negara saya kembali dibebaskan...."
Itulah lirik daripada lagu kebangsaan Palestin yang dinyanyikan pada permulaan forum mengenai perjuangan rakyat Palestin di sini pada Khamis.
Masalah Palestin bukan baharu, ia tercetus sejak berabad dan tamadun yang lampau. Rantau itu sentiasa menjadi lokasi yang stratagik di persimpangan dunia kuno dan sentiasa menjadi medan perang bagi perebutan kuasa.
Antara bala tentera yang bertempur bagi menguasai wilayah ialah dari Parsi, Rom dan Mongolia. Palestin menjadi medan Perang Salib yang menyaksikan tentera Islam bertempur dengan tentera Salib.
Oleh kerana ia dibincangkan bersama loleh kesemua keempat ahli panel pada forum, 100 tahun lalu pada November 1917, Pengisytiharan Balfour dikeluarkan dalam bentuk surat yang menzahirkan sokongan Empayar British kepada penubuhan sebuah Negara Yahudi di Palestin, yang kemudian dikenali dengan apa yang sekarang dipanggil Israel.
Memandangkan hanya berbaki tiga bulan sebelum pengisytiharan itu meraikan sambutan 100 tahun, seorang ahli panel, Zahir Birawi, Pengerusi European Palestinian Forum (EuroPal) di London, melahirkan kebimbangan bahawa usaha bagi memperjuangkan isu Palestin di sesetengah negara tidak inklusif.
Menurut beliau, usaha di sesetengah negara tidak cukup untuk membantu rakyat Palestin untuk nmembebaskan tanah air mereka daripada pendudukan kerana negara-negara tersebut hanya memberi fokus untuk masyarakat Islam untuk memperjuangkan isu itu sementara negara bukan Islam tidak turut serta.
"Isu Palestin bukan isu kemanusiaan tetapi lebih kepada isu politik. Usaha bagi memperjuangkan isu palestin perlu diperluaskan mencakupi semua kaum dan agama dan tidak memencilkan sebarang suara dari masyarakat.
"Ia juga tidak harus diperjuangkan sebagai isu agama kerana ini akan menghalang pemahaman isu Palestin dan sokongan daripada segmen lebih besar masyarakat," kata aktivis Palestin itu.
Mengulas isu yang sama, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran, memberitahu Bernama selepas forum itu bahawa isu Palestin dan penderitaan rakyat Palestin melangkaui bangsa dan agama.
Menurut beliau, yang juga ahli panel dalam forum itu, rakyat Palestin di Palestin antara lain terdiri daripada masyarakat Islam, Kristian dan Baha'i sambil menyatakan negara itu mempunyai masyarakat yang sangat pelbagai yang menderita untuk sekian lama.
"Kita mahu seluruh masyarakat antrarabangsa berganding bahu untuk mengakhiri kesengsaraan daripada kehidupan rakyat Palestin. Kita tidak akan berjaya kecuali ada sokongan antarabangsa secara besar-besaran dari seluruh dunia, merentas sempadan agama, budaya dan identiti.
"Ini pernah berlaku sebelum ini dalam perjuangan menentang aparteid di Afrika Selatan apabila diskriminasi di Afrika dicabar di seluruh dunia oleh masyarakat berbilang kaum dan agama. Kita sekarang mahu atau mengharapkan perjuangan yang sama untuk rakyat Palestin," kata beliau.
Beliau bagaimanapun percaya momentum sokongan semakin meningkat apabila lebih ramai masyarakat dari latar belakang yang berbeza telah menyertai perjuangan termasuk kelompok Yahudi yang tidak bersetuju dengan pendudukan Israel dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin.
Forum sehari itu bertemakan "Advocacy and Activism in the Malaysian Context" dianjurkan oleh PCOM sebagai sebahagian daripada acara Minggu Advokasi Palestin, yang berlangsung dari 14 hingga 18 Ogos.
Ia membincangkan pergerakan perpaduan d kalangan ahli masyarakat dan kesan dasar antarabangsa itu terhadap Palestin serta menonjolkan perjuangan rakyat Palestin yang sah menentang pendudukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2017
Masalah Palestin bukan baharu, ia tercetus sejak berabad dan tamadun yang lampau. -Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.