awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak lelaki berleluasa di seluruh dunia - PBB

Bernama
Bernama
08/06/2019
22:00 MYT
Perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak lelaki berleluasa di seluruh dunia - PBB
FORE: Perkahwinan awal membawa kepada menjadi bapa pada usia yang masih muda, dan mendatangkan tekanan untuk menyara keluarga. - REUTERS/Fail
Secara kasar, sejumlah 115 juta kanak-kanak lelaki di seluruh dunia telah berkahwin semasa mereka masih di bawah umur, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kajian baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
Kajian itu menyebut seorang daripada lima kanak-kanak lelaki, atau 23 juta orang, telah berkahwin sebelum berusia 15 tahun.
Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) telah mendedahkan penemuan kajian mendalam yang dilakukan berhubung perkahwinan kanak-kanak lelaki menggunakan data dari 82 negara yang meliputi kawasan sub-Sahara Afrika, Caribbean, Asia Selatan dan Asia Timur.
"Perkahwinan awal membawa kepada menjadi bapa pada usia yang masih muda, dan mendatangkan tekanan untuk menyara keluarga, kehilangan peluang untuk melanjutkan pelajaran dan mencantas peluang pekerjaan," menurut Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore dalam satu kenyataan akhbar.
Kajian itu mendapati Republik Afrika Tengah memiliki kadar perkahwinan kanak-kanak lelaki paling tinggi diikuti Nicaragua dan Madagascar.
Angka terkini daripada kajian itu menjadikan jumlah mereka yang berkahwin semasa masih kanak-kanak (lelaki mahupun perempuan) kepada 765 juta orang.
"Kanak-kanak yang paling berisiko dalam perkahwinan bawah umur ini adalah mereka yang berasal daripada keluarga paling miskin, tinggal di kawasan luar bandar dan memiliki tahap pendidikan yang rendah atau langsung tidak berpelajaran," menurut kajian itu.
PBB menganggap perkahwinan sebelum usia 18 tahun adalah satu pelanggaran asas terhadap hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia
#bawah umur
#Henrietta Fore
#Kajian
#Kanak-kanak
#kanak-kanak lelaki
#luar bandar
#miskin
#pelanggaran hak asasi
#perkahwinan
#Republik Afrika Tengah
#Tabung Kanak-Kanak PBB
#tahap pendidikan rendah
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan