awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2026
22:45 MYT
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel kini berlindung di khemah-khemah sementara di seluruh Gaza. - Foto fail/AP
KHAN YOUNIS: Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera selepas khemah sebuah keluarga di kawasan al-Mawasi, Khan Younis, selatan Gaza, dibom oleh tentera Israel, menurut pasukan penyelamat tempatan.
Memetik laporan Al Jazeera, Pertahanan Awam Palestin di Gaza memaklumkan bahawa pasukannya menemui mayat tiga mangsa yang maut dalam serangan tersebut, yang berlaku meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober lalu.
Salah seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Serangan ini berlaku ketika Israel meneruskan kempen ketenteraan di Gaza, walaupun perjanjian gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat telah berkuat kuasa sejak 10 Oktober.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, sekurang-kurangnya 425 rakyat Palestin terbunuh dan 1,206 lagi cedera sejak 11 Oktober.
Dalam insiden berasingan, seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia 11 tahun, Hamsa Housou, terbunuh akibat tembakan Israel di kawasan Jabalia, utara Gaza.
Bapa saudaranya, Khamis Housou, berkata beliau terjaga selepas mendengar jeritan dan mendapati anak saudaranya terbaring berlumuran darah di lantai rumah mereka.
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel kini berlindung di khemah-khemah sementara di seluruh Gaza.
Namun, Israel terus menghalang kemasukan bekalan perlindungan ke wilayah itu, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan kemanusiaan telah memberi amaran bahawa rakyat Palestin sedang menderita di tengah-tengah ribut musim sejuk yang membawa maut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#serangan
#Gaza
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami