Perkara yang akan berlaku pada upacara angkat sumpah Joe Biden

Astro Awani
Januari 17, 2021 13:15 MYT
Biden akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari ini di bangunan Capitol, Washington DC, Amerika Syarikat mengikut prosedur dan kawalan keselamatan yang tinggi. - Gambar fail
JOE Biden akan dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 pada 20 Januari ini.
Dengan pandemik COVID-19 dan rusuhan baru-baru ini di bangunan Capitol, sambutan tahun ini pastinya sangat berbeza dengan sebelumnya.
Bila dan di mana?
- Biden dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada sekitar pukul 12 tengah hari.
- Seperti biasa, upacara akan diadakan di hadapan bangunan Capitol di Washington DC.
- Orang ramai biasanya akan berkumpul di laluan menuju ke Capitol tetapi tahun ini tidak lagi.
- Susulan serangan di Capitol pada 6 Januari lalu oleh penyokong pro-Trump, keraian akan dihadkan dan akan berlangsung mengikut prosedur dan kawalan keselamatan yang tinggi.
- Dijangkakan kira-kira 10,000 anggota pasukan keselamatan akan dikerah untuk mengawal keadaan.
- "Perarakan maya" atau virtual parade akan ditayangkan untuk menggantikan perarakan perdana sewaktu ketibaan Biden di White House.
Adakah Donald Trump akan hadir?
- Donald Trump disahkan tidak akan hadir ke majlis itu, namun timbalannya, Mike Pence, dijangka turut serta.
BACA: Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
#Joe Biden #presiden #Amerika Syarikat #Washington #White House #COVID-19 #Donald Trump