awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam

Agensi
Agensi
17/01/2021
12:17 MYT
Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Biden turut merancang untuk mengusul undang-undang baharu bagi memberi kerakyatan kepada 11 juta orang tanpa dokumen yang tinggal di negara itu. - Foto REUTERS
WASHINGTON:Pada hari pertamanya di White House, bakal Presiden Amerika Syarikat ke-46, Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.
Satu memo disebarkan pada Sabtu oleh Ron Klain iaitu bakal Ketua Kakitangan White House yang dilantik Biden.
Memo tersebut menggariskan beberapa dasar daripada pentadbiran Presiden Donald Trump yang akan ditarik balik dalam 10 hari pertama Biden sebagai Presiden.
Antara arahan lain termasuk memperbaharui strategi kawalan penularan COVID-19, penyertaan semula dalam Perjanjian Perubahan Iklim Paris dan mengubah undang-undang imigresen bagi memberi kerakyatan kepada jutaan orang.
Sejurus selepas memasuki White House pada 2017, Trump mengeluarkan perintah eksekutif yang melarang pengembara dari tujuh negara majoriti Islam daripada memasuki Amerika Syarikat.
Arahan itu, bagaimanapun diubah suai beberapa kali sehingga mendapat kelulusan Mahkamah Agung pada 2018.
Menurut memo itu lagi, beberapa perkara turut akan diubah termasuk melanjutkan had tempoh masa mengusir penyewa dan pembayaran balik pinjaman pelajar yang berkait dengan pandemik serta satu penyelesaian bagi menyatukan semula anak-anak imigran yang terpisah daripada keluarga.
Biden turut merancang untuk mengusul undang-undang baharu bagi memberi kerakyatan kepada 11 juta orang tanpa dokumen yang tinggal di negara itu serta berjanji untuk memvaksinkan 100 juta orang dalam 100 hari pertama sebagai Presiden.
Upacara angkat sumpah Biden sebagai Presiden akan berlangsung pada 20 Januari ini.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#presiden
#Amerika Syarikat
#AS memilih
#Donald Trump
#COVID-19
#Islam
#larang
#Kamala Harris
#president
#US
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan