awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permainan video Nintendo Super Mario 64 dilelong pada harga RM6.54 juta

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2021
00:51 MYT
Permainan video Nintendo Super Mario 64 dilelong pada harga RM6.54 juta
Super Mario 64 ini mula dijual pada tahun 1996 dan merupakan permainan paling popular bagi Nintendo 64. - Foto AP Newsroom
SALINAN permainan video Nintendo Super Mario 64 yang masih dalam bungkusan, dilelong pada Ahad dengan harga AS$1.56 juta (RM6.54 juta).
Ini merupakan permainan video yang dijual pada harga paling tinggi, menurut siaran berita syarikat Heritage Auctions, yang menguruskan penjualan.
Bagaimanapun syarikat yang berpangkalan di Dallas itu tidak mendedahkan siapa pembelinya.
Super Mario 64 ini mula dijual pada tahun 1996 dan merupakan permainan paling popular bagi Nintendo 64.
Ia turut memaparkan kali pertama Mario dilihat dalam bentuk 3D.
Jumaat lalu salinan permainan video The Legend of Zelda dilelong pada harga AS$870,000 (RM3.6 juta).
Menurut pengarah permainan video Heritage Auctions, Valarie McLeckie, mereka tidak sangka dapat menjual salinan permainan video melebihi AS$1 juta beberapa hari selepas permainan Zelda berjaya dilelong pada harga paling tinggi.
April lalu syarikat berkenaan menjual salinan permainan video Nintendo Super Mario Bros yang masih dalam bungkusan dengan harga AS$660,000 (RM2.7 juta).
BACA: Permainan video Nintendo Super Mario Bros dilelong pada harga RM2.7 juta
Kartrij berkenaan dilaporkan telah dibeli sebagai hadiah Krismas pada tahun 1986, dan tidak disentuh sehingga penjual menemuinya semula awal tahun ini.
Topic Berkaitan
#permainan video
#Nintendo Super Mario 64
#lelong
#Heritage Auctions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan