Hamas menyifatkan permohonan maaf Israel kepada Turki membayangkan kebimbangan rejim Yahudi itu terhadap angin perubahan yang melanda rantau Asia Barat dan Arab sejak kebangkitan rakyat dalam masa dua tahun ini.
Kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai Arab Spring itu menyaksikan kemunculan kelompok garis Islam menerajui Mesir dan Tunisia serta perang saudara di Syria yang belum lagi selesai.
"Permohonan maaf ini sudah lewat. (Netanyahu) sepatutnya menamatkan segera sekatan dan kepungan ke atas Gaza," kata jurucakap Hamas, Taher al-Nunu seperti dipetik oleh agensi berita AFP.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan menghubungi pemimpin Hamas, Khaled Meshaal lewat Jumaat untuk memberikan penjelasan dan penerangan mengenai butir-butir permohonan maaf itu.
Sementara itu, bekas Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, yang selama tiga tahun ini mempertahankan Israel tidak perlu minta maaf "kepada pertubuhan pengganas" menyifatkan permohonan maaf itu sebagai "satu kesilapan besar" .
"Ia akan menjatuhkan moral tentera Israel, mengukuhkan pelampau di rantau dan menjejaskan perjuangan Israel" katanya seperti dipetik oleh akhbar The Haaretz.
Lieberman yang kini mempengerusikan Jawatankuasa Parlimen bagi Hal Ehwal Luar dan Pertahanan menambah, pentadbiran Turkilah sebenarnya yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hubungan keruh selama tiga tahun ini.
Beliau merujuk kepada keengganan Erdogan meminta maaf di atas segala kenyataan anti-Zionis yang dibuatnya sepanjang episod krisis ini.
"Permohonan maaf Israel ini juga mencalar maruah dan kedudukan Israel di rantau dan di dunia," kata Lieberman lagi.
Permohonan maaf itu dibuat dengan pengetahuan kepimpinan tentera rejim Yahudi serta dipersetujui oleh ketua angkatan tenteranya, Leftenan Jeneral Benny Gantz.
Beliau mengalu-alukan perkembangan ini dan berharap ia akan membawa kebaikan kepada kerjasama strategik dan keselamatan rantau.
Permohonan maaf itu juga disokong oleh Menteri Pertahanan Israel dalam kabinet baru Netanyahu, Moshe Yaalon.
Dengan permohonan maaf tersebut, Turki bersetuju untuk membatalkan semua tindakan undang-undang terhadap tentera Israel. Empat pegawai kanan tentera Israel dibicarakan tanpa hadir (in absentia) di mahkamah di Turki pada November lalu.
Dalam permohonan maafnya, Netanyahu menjelaskan kepada Erdogan bahawa apa yang berlaku dalam insiden Mavi Marmara itu bukan dirancang dan tidak disengajakan, dan ia kesal terhadap kehilangan nyawa dan kecederaan yang berlaku.
Ia juga memaklumkan bahawa hasil siasatan Israel ke atas insiden itu menunjukkan berlakunya "kesilapan operasi".
Permohonan maaf itu membayangkan pengiktirafan Israel terhadap status Turki sebagai kuasa rantau yang penting yang tidak boleh diketepikan begitu saja.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Israel, Hanin Zuabi yang menyertai Mavi Marmara dalam misi yang diserang itu berkata, permohonan maaf tersebut tidak memadai.
"Ini nyawa manusia dan adalah pembunuhan ke atas sembilan aktivis," katanya, sambil mendesak satu siasatan melibatkan panel antarabangsa dibuka semula.
Beliau juga mahu Israel menyelesaikan isu Palestin iaitu dengan menamatkan pendudukan dan pencerobohannya ke atas wilayah Palestin.
"Netanyahu perlu tahu bahawa isunya ialah Palestin. Mana mungkin Israel mengadakan hubngan baik dengan Turki tetapi isu Palestin diabaikan dan (hak rakyat Palestin) dinafikan," katanya.
Beliau menambah apa yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara itu "adalah jenayah kecil" kalau hendak dibandingkan dengan penindasan ke atas rakyat Palestin yang dikepung dan kepada merekalah sewajarnya Netanyahu meminta maaf.
Agensi
Sat Mar 23 2013
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Israel teruskan operasi di selatan Lubnan
Operasi itu antara lain bertujuan melindungi rakyat Israel daripada ancaman pasukan pejuang itu.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.