awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan farmaseutikal akui gagal edar vaksin COVID-19 secara saksama

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2021
00:01 MYT
Persatuan farmaseutikal akui gagal edar vaksin COVID-19 secara saksama
Penduduk di Cape Town menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. - Foto AP
PEMIMPIN syarikat farmaseutikal mengakui mereka gagal dalam mengedarkan vaksin COVID-19 secara saksama dan ia sesuatu yang perlu mereka lakukan lebih baik pada tahun depan.
Ketua Pengarah Persekutuan Antarabangsa Pengilang dan Persatuan Farmaseutikal (IFPMA), Thomas Cueni berkata, walaupun ia telah menjadi "tahun yang menakjubkan" untuk industri, mereka perlu menambah baik dalam aspek "kesaksamaan pelancaran" dan pengedaran dos.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara maya Organisasi Farmaseutikal dan Bioteknologi, pada Khamis.
Sementara itu, Presiden Rangkaian Pengilang Vaksin Negara Membangun, Sai Prasad, menggesa pengedaran vaksin "ditangani atas dasar perang", seolah-olah vaksin tidak "mencapai orang yang paling memerlukannya" dan ia memberi kesan kepada keseluruhan dunia.
Bagaimanapun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Iinovasi Bioteknologi, Dr Michelle McMurry-Heath, berhujah bahawa isu pengagihan yang tidak saksama bukanlah salah industri, tetapi "kegagalan politik".
McMurry-Heath mengkritik cadangan mengetepikan harta intelek untuk vaksin COVID-19 akan menghentikan wabak itu.
Katanya pembuat dasar mencadangkan penghapusan paten namun gagal untuk benar-benar mengakui sudah terdapat ratusan perkongsian pembuatan di sekitar dunia untuk menghasilkan vaksin.
Delegasi Afrika Selatan di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah mengetuai usaha untuk melonggarkan perlindungan untuk paten dan harta intelek lain bertujuan untuk memerangi wabak termasuk vaksin, diagnostik dan rawatan dengan harapan menjadikannya lebih tersedia kepada dunia membangun.
Tetapi banyak negara Eropah termasuk Switzerland, Kesatuan Eropah (EU) dan Britain menentang idea itu, mengatakan ia boleh menyekat inovasi.
Varian Omicron COVID-19 yang lebih mudah ditularkan kini dijangka menjadi dominan di seluruh dunia, tetapi Cueni berkata maklumat belum mencukupi sama ada vaksin sedia ada akan mencukupi untuk memerangi varian baharu itu.
Kedua-dua Cueni dan McMurry-Heath memberi amaran bahawa jika vaksin baharu diperlukan, menukar pengeluaran kepada dos baharu akan "menjejaskan kapasiti pengeluaran."
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Omicron
#pengedaran dos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan