Skip to main content

Dunia

Persis adiwira, lelaki ini 'terbang' dari Perancis ke England

81564981920_TBFRENCH.jpg
Pencipta hoverboard udara yang berjaya terbang dari Perancis ke England menyifatkan kejayaan itu sebagai detik paling menakjubkan dalam hidupnya.

Seperti adiwira, Franky Zapata,  40, menyempurnakan  perjalanan 35 kilometer dalam tempoh  22 minit selepas berlepas dari bandar tepi pantai Sangatte dan mendarat di Saint Margaret's Bay berhampiran Dover di United Kingdom.

Ia merupakan cubaan kedua Zapata selepas yang pertama 10 hari lalu berakhir dengan perlanggaran dengan sebuah bot mengisi minyak beberapa minit selepas berlepas dan  memusnahkan hoverboardnya.


Kejayaan pada Ahad juga merupakan rekod peribadi dan menarik perhatian seluruh negara.

Dalam perjalanan itu, Zapata hanya berhenti sekali bagi membetulkan kedudukannya di perairan yang berombak.

Advertisement

Must Watch Video