awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2023
23:00 MYT
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, situasi yang berlaku kini amat melampau dan ia bukan sahaja penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia tetapi juga menghina nilai kemanusiaan. - Foto fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Tindakan sesetengah negara yang membela tindakan Israel membunuh rakyat Palestin dengan alasan mahu mempertahankan diri merupakan satu penghinaan kepada negara itu.
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini kerana rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
“Adalah satu penghinaan apabila sesetengah negara bercakap mengenai hak Israel untuk mempertahankan diri, tetapi tiada satu pun perkataan keluar mengenai rakyat Palestin ketika merekalah yang terus disembelih dan mereka lah yang dijajah lebih 50 tahun.
“Kebenarannya, rakyat Palestin ialah mangsa di sini. Tiada orang lain lebih derita dibanding dengan rakyat Palestin akibat tindakan kurang ajar Israel,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook pada Rabu.
Media pada Sabtu melaporkan, kerajaan Israel dijangka akan menggunakan taktik menyerang balas dengan niat untuk ‘mematikan’ Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam, atau ‘memusnahkan’ kelengkapan pihak lawan mereka.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: 1,055 terkorban di Gaza, 5,184 cedera
Media antarabangsa melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk membanjiri kawasan Selatan, yang terdahulu sempadannya berjaya dilepasi tentera dari Palestin.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, banyak rumah dimusnahkan, angka kematian meningkat dan rakyat Palestin dalam keadaan sangat derita.
Tambah beliau, situasi yang berlaku kini amat melampau dan ia bukan sahaja penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia tetapi juga menghina nilai kemanusiaan.
“Kita mesti jelas, apa yang berlaku tidak lain tidak bukan merupakan satu jenayah terhadap kemanusiaan.
“Kita mesti terus berusaha demi kebebasan, kemerdekaan dan keadilan buat saudara mara kita yang ditindas di Palestin. Semoga ALLAH memberkati usaha kita dan semoga kebebasan dan keamanan menjadi milik saudara mara kita di Palestin, insya-Allah,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#Palestin
#Hishammuddin Hussein
#penghinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan