awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertama kali ditemukan, fosil dinasour dalam keadaan mengeram

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2021
00:43 MYT
Pertama kali ditemukan, fosil dinasour dalam keadaan mengeram
Penemuan dinasour bersama telur adalah yang pertama setakat ini. - Foto CNN
BEIJING : Sekumpulan penyelidik dari Ganzhou, China terkejut dengan penemuan fosil dinasour dalam posisi seperti mengeram telur di dalam sarangnya.
Penemuan itu menarik perhatian dunia kerana dinasour jenis Oviraptorosaur yang mirip seekor burung itu ditemukan dalam keadaan yang luar biasa.
CNN yang memetik seorang Penyelidik dan profesor CMNH di Indiana University of Pennsylvania, Shundong Bi sebagai berkata, fosil Oviraptorosaur yang hidup pada era Cretaceous itu ditemukan kumpulan penyelidik atas batu-batan yang berusia lebih 70 juta tahun.
Beliau menjelaskan penemuan dinasour bersama telur adalah yang pertama setakat ini.
Menariknya, dalam jurnal Science Bulletin yang diterbitkan pada 16 Disember lalu, Bi dan rakannya, Xing Xu dari Akademik Sains China memberitahu, daripada lebih 24 biji telur, tujuh masih dalam keadaan belum menetas.
Namun sudah terbentuk beberapa struktur anatomi seperti tulang, lengan, pelvis dan ekor dalam embrio tersebut.
"Keadaan ini menunjukkan dinasour itu mati ketika dalam tempoh inkubasi, sama seperti kumpulan burung," jelasnya dalam jurnal tersebut.
Sementara itu, seorang lagi penyelidik dari Carnegie Museum of Natural History (CMNH), Dr Matt Lamanna, berkata, beberapa dinasour daripada golongan Oviraptorosaur pernah atas sarang sebelum ini.
Namun demikian katanya, penyelidik tidak pernah menemukan embrio dalam telur-telur tersebut, berbeza pada kali ini.
"Dalam speseimen baharu ini, anak dinasour hampir menetas dan ia sekali gus membuktikan haiwan itu telah lama 'menjaga' sarangnya.
"Ia jelas menggambarkan ia sebagai haiwan penyayang yang akhirnya mati ketika sedang 'mengasuh'," kata ahli paleontologi itu lagi.
Topic Berkaitan
#dinsaour
#binatang liar
#Carnegie Museum of Natural Histor
#penyelidik
#paleontologi
#l Science Bulletin
#Cretaceous
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan