awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan Putin-Zelensky mungkin berlaku jika rundingan Moscow-Kyiv berjaya - Kremlin

Bernama
Bernama
28/05/2025
15:00 MYT
Pertemuan Putin-Zelensky mungkin berlaku jika rundingan Moscow-Kyiv berjaya - Kremlin
Peskov menegaskan bahawa pertemuan itu seharusnya menjadi hasil daripada persetujuan konkrit antara kedua-dua delegasi, dan bukan diadakan secara berasingan. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Pertemuan secara peribadi antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky masih berkemungkinan diadakan, namun ia hanya boleh berlaku selepas terdapat kemajuan dalam rundingan antara Moscow dan Kyiv, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Selasa.
"Tiada perubahan dalam pendirian berhubung kemungkinan asas untuk pertemuan sedemikian," kata Peskov kepada pemberita sebagai menjawab soalan agensi berita TASS.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pertemuan itu seharusnya menjadi hasil daripada persetujuan konkrit antara kedua-dua delegasi, dan bukan diadakan secara berasingan.
Sementara itu, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata Moscow telah mengulangi tuntutannya dalam rundingan terkini di Istanbul agar undang-undang diskriminasi Ukraine dimansuhkan.
"Ketika rundingan disambung semula di Istanbul pada 16 Mei, kami menuntut agar semua undang-undang diskriminasi itu dimansuhkan, dan kami akan terus menegaskannya dalam pusingan rundingan langsung yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.
Beliau menyampaikan kenyataan itu semasa menghadiri mesyuarat antarabangsa pegawai kanan berkaitan isu keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertemuan
#Presiden Rusia Vladimir Putin
#Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky
#rundingan Moscow-Kyiv
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan