awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2026
10:15 MYT
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Letupan kuat menggegarkan Masjid Khadijatul Kubra di Islamabad, Pakistan semasa solat Jumaat berlangsung. -Gambar hiasan/AP
ISLAMABAD: Sekurang‑kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 80 cedera dalam letupan yang menggegarkan sebuah masjid di Islamabad, Pakistan, ketika solat Jumaat hari ini.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 80 cedera dalam letupan di Masjid Khadijatul Kubra, Islamabad.
  • Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat dan siasatan forensik untuk mengenal pasti punca letupan.
  • Lokasi kejadian ditutup sepenuhnya dengan peningkatan keselamatan di seluruh Islamabad.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Letupan dilapor berlaku di Masjid Khadijatul Kubra (juga dikenali sebagai Qasr-e-Khadijatul Kubra) di kawasan Tarlai, bahagian tenggara ibu negara.
Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dengan beberapa mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital berdekatan termasuk Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS).
Menurut pegawai penyelamat Mohamed Amir, sebahagian mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Jurucakap Polis Islamabad, Taqi Jawad, memaklumkan bahawa punca letupan masih disiasat, dan pasukan forensik sedang mengumpul bukti bagi menentukan sama ada ia melibatkan serangan bunuh diri atau bom yang dipasang.
Ratusan jemaah dilaporkan berada di dalam masjid ketika letupan berlaku, menyebabkan situasi kelam-kabut dengan mangsa yang cedera dikejarkan ke Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) serta beberapa hospital berdekatan.
Lokasi kejadian kini ditutup sepenuhnya bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan siasatan forensik.
Pihak polis turut meningkatkan tahap keselamatan di seluruh Islamabad, terutama di kawasan tumpuan awam dan rumah ibadat, ekoran kebimbangan kemungkinan serangan susulan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah bilangan mangsa yang terbunuh dan cedera dalam letupan di Masjid Khadijatul Kubra, Islamabad? A: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 80 cedera dalam kejadian tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang sedang diambil oleh pasukan penyelamat berhubung letupan di masjid? A: Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat dan siasatan forensik untuk mengenal pasti punca letupan.
  • Q: Mengapakah lokasi kejadian ditutup sepenuhnya? A: Lokasi kejadian ditutup sepenuhnya bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan siasatan forensik.

Topic Berkaitan
#Pakistan
#Solat Jumaat
#serangan bunuh diri
#Masjid Khadijatul Kubra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan