awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan Rusia-Ukraine di Turkiye 'sangat penting' - Trump

Bernama
Bernama
12/05/2025
23:40 MYT
Pertemuan Rusia-Ukraine di Turkiye 'sangat penting' - Trump
Trump (tengah) bercakap pada sidang media di Bilik Roosevelt, White House, Washington, 12 Mei 2025. (Foto AP)
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menyifatkan rundingan damai Rusia-Ukraine yang akan datang di Turkiye sebagai "sangat penting," sambil menambah bahawa "perkara baik boleh terhasil daripada pertemuan itu," lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pertemuan Khamis ini antara Rusia dan Ukraine sangat penting," kata Trump dalam sidang media. "Saya sangat menekankan agar pertemuan itu diadakan."
Pemimpin AS itu turut melahirkan harapan terhadap hasil positif rundingan itu dengan berkata: "Saya fikir perkara yang baik boleh terhasil daripada pertemuan itu."
Trump menekankan kos kemanusiaan akibat konflik berterusan itu, yang disifatkannya sebagai "bentuk peperangan yang baharu sepenuhnya" serta "amat ganas dan kejam."
Beliau menggesa agar pertumpahan darah dahsyat itu ditamatkan segera, sambil menegaskan bahawa askar yang terbunuh "bukan askar Amerika" tetapi manusia "yang sedang dibunuh pada tahap yang tidak pernah kita saksikan sejak Perang Dunia Kedua."
Rundingan damai dijadual berlangsung di Istanbul, Turkiye, dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk menerima cadangan Moscow bagi menyambung semula rundingan.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pula menyambut baik sokongan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, untuk memulakan semula proses damai dari titik yang tertangguh di Istanbul, sambil menegaskan komitmen Turkiye terhadap usaha perdamaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#rundingan damai
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami