awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/12/2024
22:00 MYT
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Perhimpunan penyokong kumpulan pebebasan di Damsyik pada hari kedua jatuhnya rejim Bashar al-Assad. - Foto AP/Hussein Malla
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya.
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Zokhri Idris berkata, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi.
“Perkara yang kita perlu lihat pada masa akan datang ialah sekiranya kita boleh kurangkan kebergantungan kepada sumber petroleum dan gas asli, kemungkinan tarikan kuasa-kuasa besar kepada Asia Barat juga akan menurun atau berubah.
“Kita perlu beri perhatian kepada industri kenderaan elektrik (EV) sama ada ia kekal sebagai suatu trend pada masa akan datang.
“Ia mampu mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber-sumber asli (petroleum dan gas asli) ini dan membolehkan kuasa-kuasa besar ini menumpukan kepada pembangunan dan persaingan teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Oleh itu, menurut Zokhri, masih terlalu awal untuk menyimpulkan kaedah dan entiti kuasa-kuasa besar yang akan cuba mendominasi persekitaran politik di Syria ketika ini.
Pun begitu, beliau menjangkakan kuasa-kuasa besar akan masuk ke dalam senario domestik Syria berdasarkan kepentingan masing-masing dengan berselindung disebalik naratif yang pelbagai.
“Amerika Syarikat akan menjuarai hak asasi manusia sebagai suatu naratif untuk Syria. China pula dengan naratif ekonomi pembangunan dan pembangunan infrastruktur melalui BRICS. Manakala, Rusia pula dari aspek ketenteraan dan keselamatan.
“Negara-negara besar yang mengelilingi Syria ini akan cuba membawa Syria dalam sfera mereka menurut naratif mereka, kerana mereka juga mempunyai kepentingan kepada Syria,” jelasnya.
Pada Rabu, kumpulan pembebasan Syria yang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad telah melantik Mohammed al-Bashir sebagai Perdana Menteri sementara negara itu.
Al-Bashir, yang sebelum ini mengetuai kerajaan de facto yang diketuai oleh Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di wilayah Idlib, akan memimpin kerajaan peralihan Syria sehingga 1 Mac 2025.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Topic Berkaitan
#EV
#tenaga bersih
#campur tangan kuasa besar
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan