awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang

Bernama
Bernama
07/12/2024
11:15 MYT
Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Operasi keselamatan akan dijalankan untuk menghapuskan kegiatan kumpulan penjenayah serta mengembalikan ketenteraman dengan sokongan Polis Kebangsaan Peru dan Angkatan Tentera. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Peru pada Jumaat mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang, lapor Agensi Anadolu (AA).
Akhbar rasmi Peru, El Peruano, melaporkan langkah itu diambil susulan peningkatan kes kecurian, ancaman, pemerasan, dan pemerdagangan di wilayah terbabit, yang terletak kira-kira 10 kilometer ke barat ibu kota Lima.
Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari.
Pihak berkuasa memaklumkan operasi keselamatan akan dijalankan untuk menghapuskan kegiatan kumpulan penjenayah serta mengembalikan ketenteraman dengan sokongan Polis Kebangsaan Peru dan Angkatan Tentera.
Menteri Dalam Negeri Juan Jose Santivanez mengumumkan keputusan itu selepas bermesyuarat dengan pelbagai wakil sektor.
Dekri perintah darurat itu ditandatangani oleh Presiden Dina Boluarte, Perdana Menteri Gustavo Adrianzen, serta menteri pertahanan, dalam negeri, dan kehakiman.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kesatuan sekerja di Lima telah mengadakan protes membantah keganasan di beberapa bahagian negara itu dan menggesa kerajaan mempertingkatkan langkah keselamatan bagi melindungi orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peru
#darurat
#jenayah terancang
#keganasan kumpulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan