Skip to main content

Dunia

Peru isytihar darurat di lima penjara kawalan ketat

A view of the Castro Castro prison on the day the Peruvian government declared a state of emergency in five high-security prisons, allowing police and military forces to take control of the facilities in an effort to curb crime, in Lima, Peru, September 5, 2026. REUTERS/Sebastian Castaneda
Penjara Miguel Castro Castro yang menempatkan banduan yang mempunyai kaitan dengan organisasi jenayah turut tersenarai dalam pengisytiharan darurat selama 60 hari oleh kerajaan Peru. - Gambar Reuters
Advertisement

LIMA: Kerajaan Peru mengisytiharkan keadaan darurat selama 60 hari di lima penjara kawalan ketat yang secara keseluruhan menempatkan hampir separuh daripada banduan di negara itu yang mempunyai kaitan dengan organisasi jenayah, menurut Pejabat Presiden pada Sabtu, lapor Xinhua.

Langkah yang dikuatkuasakan menerusi dekri itu meliputi Penjara Challapalca di Tacna, Cochamarca di Pasco, Miguel Castro Castro dan Ancon I di Lima serta Trujillo Varones di La Libertad.

Menurut kenyataan itu, Polis Negara akan mengawal ketenteraman di dalam penjara berkenaan dengan sokongan Angkatan Tentera.

Langkah darurat itu meliputi kawasan penjara dan perimeter luar sehingga 200 meter, dengan hak perlembagaan berkaitan kebebasan bergerak, berhimpun serta kebebasan dan keselamatan diri digantung sementara.

Pihak berkuasa akan menjalankan operasi keselamatan darat, pengawasan ruang udara, pemantauan spektrum elektromagnet di kawasan sekitar, kawalan akses yang ketat serta operasi perisikan bagi mencegah banduan melarikan diri.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement