KUALA LUMPUR: Tumpuan negara-negara global kini beralih kepada peningkatan pemulihan ekonomi lebih mampan sebagai perlindungan terhadap risiko dalam norma baharu ketika dunia terus mengharungi ketidaktentuan dan penularan semula gelombang pandemik COVID-19, kata Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW).
Ketua Eksekutifnya Michael Izza berkata, dunia juga berkemungkinan perlu 'hidup' bersama pandemik tersebut dan peralihan kepada kehidupan biasa turut dijangka mencabar, termasuk di negara-negara yang mencatat kadar vaksinasi lebih pesat.
"Era pasca-COVID itu akan lebih didominasi oleh perubahan iklim," katanya dalam ucapan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Suku Ketiga 2021 ICAEW secara maya, pada Rabu.
Sesi taklimat ekonomi antarabangsa kali ketiga itu memperincikan keadaan kemampanan negara-negara, menilai rantau yang lebih berisiko terhadap perubahan iklim serta wilayah yang terbukti membuat persiapan terbaik bagi era pasca-COVID-19 ketika dunia bergerak ke arah ekonomi yang mampan.
Menjelaskan selanjutnya, Izza berkata negara-negara di Timur Tengah dan Asia berdepan cabaran hebat namun elemen inovasi serta sokongan kerajaan di negara terbabit juga memberi harapan dari segi menyuntik peluang yang ada.
Sementara itu, Pengarah Perubahan Iklim dan Kemampanan PwC Singapura Lee Bing Yi pula menyifatkan sekarang sebagai masa terbaik untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memberi pertimbangan serius bagi menjadikan kemampanan sebahagian daripada agenda korporat.
Malah, beliau menegaskan adalah penting untuk PKS memanfaatkan pendanaan kerajaan bagi mempertingkat daya saing serta kapasiti demi kemajuan masa depan.
"Sebagai kelompok yang banyak memerlukan bantuan, PKS tiada pilihan kecuali memulakan perjalanan ke arah itu. Namun, ini tidak semestinya melibatkan usaha merombak model perniagaan secara segera atau bertindak drastik.
"Sebaliknya, mulakan langkah kecil tapi berkesan seperti menetapkan sasaran dan buktikan komitmen ke arah kelestarian itu," katanya pada sesi perbincangan panel.
Menurutnya, Singapura misalnya telah melancarkan Skim Geran Pinjaman Hijau dan Berkaitan Mampan pada tahun lepas yang diwujudkan khusus untuk membolehkan sektor PKS mendapat pembiayaan hijau dan mampan.
Usaha itu antara lainnya menumpukan perbelanjaan terhadap usaha melibatkan penasihat bebas aspek kemampanan serta penyedia perkhidmatan penilaian bagi pengesahan ciri-ciri lestari dan hijau pinjaman tersebut.
"Kita turut menyediakan geran latihan dan inisiatif meningkatkan kemahiran bagi membantu mereka berkaitan dari segi latihan. Ini penting memandangkan kedudukan mereka sebagai tulang belakang ekonomi dan membantu seperti melatih pekerja mereka menjadi lebih celik teknologi," katanya.
Seorang lagi panelis yang juga Felo Kanan Dasar London School of Economics, Danae Kyriakopoulou berkata, perubahan iklim sering dilabelkan sebagai elemen mewah untuk tujuan pelaburan syarikat.
"Tanggapan sedemikian perlu segera diubah atau diberi takrifan semula yang penting sebagai usaha pertumbuhan pada abad ke-21.
"Jika ini tidak ditangani, kita sebaliknya akan berdepan dengan impak lebih mahal kerana tidak memberi perhatian terhadap isu itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Era pasca-COVID akan lebih didominasi oleh perubahan iklim, menurut Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW). - Gambar hiasan/REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Tidak cukup belajar di sekolah?
Benarkah kanak-kanak Malaysia tak cukup belajar sedangkan jadual pembelajaran yang panjang di sekolah ketika guru turut terbabit dalam banyak program babitkan pelajar?
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ekonomi Asia Pasifik dijangka alami pemulihan bertahap - IMF
Walaupun ekonomi rantau Asia Pasifik berkembang 5 peratus tahun lepas, pertumbuhan dijangka perlahan kepada 4.5 peratus tahun ini dan 4.3 peratus pada 2025.
Tinjauan EY: Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan
: Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Nestle Malaysia: Saham meningkat kepada paras tertinggi lapan bulan
Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Sime Darby Plantation cadang tukar nama kepada SD Guthrie
Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) mengumumkan hasrat untuk menukar nama jenamanya kepada SD Guthrie Bhd.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion
BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing termasuk aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah US$13.24 bilion.
[TERKINI] Lima cedera dalam serangan bersenjata di London
Lima individu cedera dalam satu insiden serangan bersenjata di London pada pagi Selasa.
Pihak berkuasa memberitahu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan serangan menggunakan pedang itu.
Pihak berkuasa memberitahu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan serangan menggunakan pedang itu.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Satu serangan bersenjatakan pedang dilapor berlaku berdekatan stesen keretapi bawah tanah di Hainault, timur laut London, menyebabkan sekurang-kurangnya lima cedera akibat ditikam.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Perubahan iklim dijangka dominasi dunia pada era pasca-COVID - ICAEW
Era pasca-COVID akan lebih didominasi oleh perubahan iklim, menurut Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW).