awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perunding kesuntukan masa, angka korban di Gaza melepasi 2,000 nyawa

Agensi
Agensi
18/08/2014
13:37 MYT
Perunding kesuntukan masa, angka korban di Gaza melepasi 2,000 nyawa
Tempoh perjanjian gencatan senjata akan tamat pada 2100 GMT (5 pagi Selasa waktu Malaysia) - Gambar Fail
Angka korban akibat konflik Palestin-Israel di Gaza melepasi 2,000 orang pada Isnin ketika gencatan senjata berterusan selama lapan hari kedua-dua belah pihak hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum sampai ke penghujungnya.
Para perunding di Kaherah, Mesir juga semakin suntuk untuk mencapai sebarang keputusan untuk mengakhiri pertumpahan darah berminggu-minggu lamanya yang menyaksikan wanita dan kanak-kanak antara korban kekejaman operasi tentera rejim di Gaza.
Tempoh perjanjian itu akan tamat pada 2100 GMT (5 pagi Selasa waktu Malaysia).
Di sebalik kebimbangan konflik akan kembali tegang, tiada sebarang tanda-tanda persetujuan akan dicapai oleh perunding Palestin dan Israel di Kaherah.
Pihak-pihak bertelagah tidak mempunyai pilihan sama ada mencapai persetujuan untuk meneruskan gencatan senjata atau mengambil risiko pertempuran akan kembali dilancarkan.
Rundingan itu juga antara lain cuba mendapatkan perjanjian gencatan senjata jangka panjang bagi menghentikan konflik lebih sebulan yang bermula 8 Julai lalu. Ketegangan di Gaza pada dasarnya telah mula reda sejak 4 Ogos lalu, ekoran persetujuan untuk mengadakan gencatan senjata sementara kedua-dua belah pihak.
Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas dilaporkan kini berada di Doha, Qatar bagi mengadakan perbincangan dengan pemimpin pergerakan Hamas yang tinggal dalam buangan, Khaled Meshaal selain bertemu Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.
Qatar adalah penyokong kuat kepada Hamas, pihak yang berpengaruh di Gaza.
Di tengah-tengah usaha diplomatik itu, jumlah korban di pihak Palestin kini mencecah 2,016 orang manakala 10,196 lagi cedera.
Menurut kementerian kesihatan di Gaza, daripada jumlah itu 541 adalah kanak-kanak, 250 wanita dan 95 lagi penduduk berusia.
Sementara itu, Tentera Israel mengesahkan lima daripada 64 anggota tenteranya yang terbunuh dalam konflik itu adalah berpunca dari terperangkap dalam “tembakan sendiri” atau “friendly fire”.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Mahmud Abbas
#Palestin
#PBB
#rejim
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan