awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit Hospital Indonesia banjiri hospital lain

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2023
00:30 MYT
Pesakit Hospital Indonesia banjiri hospital lain
Seorang rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Al-Naseer susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Khan Younis. - Foto AP
GAZA: Pesakit dari Hospital Indonesia yang diserang di utara Gaza, kini memenuhi katil dan koridor Hospital Al-Nasser di Khan Younis.
Menurut pakar perubatan, kebanyakan mangsa alami cedera parah dan memerlukan bantuan perubatan segera.
Bagaimanapun, keadaan hospital yang sedia ada amat sesak, sekali gus menyukarkan lagi bantuan perubatan untuk mangsa.
Ia susulan kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit Bantuan Pernafasan Ventilator kini sudah melebihi jumlah mangsa.
"Kami tidak mempunyai katil yang mencukupi, kami hanya berurusan dengan kes-kes kecemasan, dengan kes-kes pembedahan dan unit ICU kami hanya satu dengan 12 katil. Kami terpaksa mengembangkan ICU kami kepada lebih banyak lagi.
"Walaupun kami tidak dapat menangani sejumlah besar orang yang cedera, di samping itu kami tidak mempunyai bekalan yang mencukupi, kami tidak mempunyai ventilator yang mencukupi dan kini keadaan hospital sangat menyedihkan," kata Dr Mahmoud Al-Hallaq.
Menurutnya lagi, kemudahan hospital berkenaan kini hanya hanya mampu menangani kes sangat kritikal sahaja, ekoran keadaan sangat teruk menimpa mereka.
Seorang bapa mangsa ketika ditemui berkata dia sudah menghabiskan masa berhari-hari lamanya di Hospital Indonesia, sambil melihat anak perempuannya menderita akibat kekurangan sumber perubatan.
Katanya, keadaan sangat teruk di hospital berkenaan seperti ketiadaan doktor dan mayat bergelimpangan di lantai hospital memaksanya memindahkan anaknya di Hospital Al-Nasser.
Kini semua hospital di bahagian utara Gaza itu berhenti berfungsi sepenuhnya, namun mereka masih menempatkan pesakit yang tidak dapat bergerak dan melaksanakan perpindahan.
Topic Berkaitan
#Hospital Indonesia
#Gaza
#Hospital Al-Nasser
#bantuan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan