awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Amelia Earhart yang hilang hampir 90 tahun didakwa dijumpai

Amanz
Amanz
01/02/2024
05:10 MYT
Pesawat Amelia Earhart yang hilang hampir 90 tahun didakwa dijumpai
Mural 3D terbesar di Malaysia berlatarbelakangkan Earhart di Taiping, Malaysia yang menjadi tarikan pelancong. - Gambar hiasan/ Bernama
MISTERI kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.
Earhart hilang sejak 1 Jun 1937 bersama dengan jurumudi Fred Noonan ketika dalam misi mengelilingi bumi menggunakan pesawat Lockheed Electra.
Tony Romeo seorang bekas pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat mendakwa menjumpai lokasi bangkai pesawat Earhart menggunakan sonar.
Imej sonar yang dikongsi adalah agak kabur tetapi mirip bentuk Lockheed Elektra yang dilengkapi dua enjin serta mempunyai ekor berkembar.
Romeo berkata beliau akan cuba mengambil imbasan yang lebih jelas di lokasi yang masih dirahsiakan pada ketika ini.
Kehilangan Earhart adalah antara enigma paling besar dalam sejarah dunia penerbangan. Antara teori mengenai kehilangan beliau ialah pesawat terhempas selepas tersesat dan beliau ditangkap oleh askar Jepun kerana didakwa adalah pengintip.
Beberapa misi mencari beliau sejak 87 tahun yang lalu menemukan serpihan aluminium didakwa sebahagian bangkai pesawat dan tulang yang didakwa milik beliau tetapi kemudiannya hilang.
Jika benar Earhart berjaya ditemukan selepas hampir 90 tahun, ia memberikan harapan misteri pesawat MH370 juga boleh diselesaikan.
Selepas hampir 10 tahun, apa yang terjadi kepada MH370 masih belum terjawab walaupun selepas lokasi ia didakwa terhempas telah diimbas menggunakan sonar. - Amanz
Topic Berkaitan
#Amelia Earhart
#misi keliling bumi
#pesawat terhempat
#bangkai pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan