awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat angkasa lepas China kumpul gambar planet Marikh

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2022
00:30 MYT
Pesawat angkasa lepas China kumpul gambar planet Marikh
Siri gambar di Marikh berjaya diperoleh sejak Tianwen-1 berjaya mendarat di planet itu pada Februari 2021. - Foto REUTERS
BEIJING: Sebuah pesawat angkasa China tanpa kru telah memperolehi data imej meliputi seluruh planet Marikh, termasuk visual kutub selatannya, selepas mengelilingi planet itu lebih 1,300 kali sejak awal tahun lalu, lapor media kerajaan pada hari Rabu.
Tianwen-1 China berjaya sampai ke Planet Merah pada Februari 2021 dalam misi sulung negara itu ke sana. Sebuah rover robotik telah digunakan di permukaan ketika pengorbit meninjau planet berkenaan dari angkasa.
Imej yang dirakam Tianwen-1 yang lain termasuklah ngarai Valles Marineris sepanjang 4,000 kilometer (2,485 batu) dan kawah tanah tinggi di utara Marikh yang dikenali sebagai Arabia Terra.
Tianwen-1 juga menghantar semula imej resolusi tinggi di pinggir kawah Maunder yang luas, serta pemandangan gunung berapi Ascraeus Mons berkeluasan 18,000 meter (59,055 kaki), yang pertama kali dikesan oleh kapal angkasa Mariner 9 milik NASA lebih lima dekad yang lalu.
Topic Berkaitan
#Planet Marikh
#tianwen-1
#Angkasa Lepas
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan