INTERNATIONAL
Pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di Taipei

Pesawat TransAsia ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Sekurang-kurangnya 16 maut selepas sebuah pesawat membawa 58 penumpang terbang rendah dan melanggar jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di luar bandar Taipei pada Rabu.
Dilaporkan berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalamnya, menurut berita televisyen tempatan.
Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu.
Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

Taiwan Crash
Detik-detik sebelum pesawat malang itu terhempas sempat dirakam oleh orang ramai - Foto Taiwan CTITV
Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat berdiri di atas serpihan bangkai pesawat yang besar cuba untuk menarik penumpang keluar dari fiuslaj dengan tali.Mereka yang telah diselamatkan - termasuk dua kanak-kanak - dibawa ke pantai.
Kesemua mangsa yang terselamat dibawa ke hospital, menurut laporan.
Rakaman video amatur yang tersebar di media sosial menunjukkan pesawat TransAsia ATR 72-600 itu melanggar jambatan serta sebuah teksi sebelum terjunam ke dalam sungai.
Julai lalu, 48 orang terbunuh dalam satu lagi nahas melibatkan pesawat domestik TransAsia yang terhempas ke kawasan perumahan semasa ribut di Pulau Penghu di Taiwan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami