awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat kargo patah dua selepas tergelincir di landasan

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2022
01:20 MYT
Pesawat kargo patah dua selepas tergelincir di landasan
Keadaan pesawat kargo DHL ketika kejadian. - Foto AP
SAN JOSE: Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose di Amerika Syarikat ditutup sementara selepas sebuah pesawat kargo DHL tergelincir daripada landasan dan patah dua.
Tiada anak kapal dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada Khamis itu.
Jabatan bomba memaklumkan pesawat Boeing 757 itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Juan Santamaria namun berpatah balik selepas mengesan masalah teknikal pada sistem hidraulik.
Pengarah Jabatan Bomba Costa Rica, Hector Chaves berkata, selepas melakukan pendaratan, pesawat berkenaan tergelincir lalu patah dua menyebabkan kargo di dalamnya terdedah.
"Beberapa unit penyelamat telah dikerah bagi mengeluarkan kedua-dua juruterbang di dalam pesawat berkenaan.
"Anggota kami juga telah menyembur buih bagi mengelak tumpahan minyak memasuki sistem saliran," katanya
Jurucakap syarikat DHL, Daniel McGrath berkata, kedua-dua juruterbang tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu.
Namun seorang daripadanya kini menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Tambahnya, syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak lapangan terbang bagi mengalihkan pesawat berkenaan.
Siasatan terperinci juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Pesawat itu hanya dinaiki dua juruterbang ketika kejadian.
Topic Berkaitan
#pesawat kargo
#Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose
#pesawat tergelincir dan patah dua
#Boeing 757
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan