DUNIA
Pesawat kargo Turkiye membawa 20 anggota tentera terhempas di Georgia
Pasukan kecemasan menjalankan operasi di lokasi nahas pesawat kargo tentera Turkiye jenis C-130 berhampiran sempadan Azerbaijan, di perbandaran Sighnaghi, Georgia. - Foto REUTERS
TBILISI: Sebuah pesawat kargo tentera Turkiye jenis C-130 terhempas di wilayah Sighnaghi, Georgia, berhampiran sempadan Azerbaijan, dengan sekurang-kurangnya 20 anggota tentera berada di dalamnya.
Ringkasan AI
Pesawat itu dilaporkan berlepas dari bandar Ganja, Azerbaijan, sebelum hilang kawalan dan terhempas pada Selasa.
Kementerian Pertahanan Turkiye mengesahkan bahawa kesemua 20 individu di dalam pesawat adalah anggota tentera, termasuk kru penerbangan.
Setakat ini, jumlah korban belum diumumkan secara rasmi, namun Turkiye dan Azerbaijan telah menyatakan bahawa terdapat kematian dalam insiden tersebut.
Rakaman video yang tersebar menunjukkan pesawat berputar di udara sambil mengeluarkan asap putih sebelum terhempas.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan menyampaikan ucapan takziah secara langsung semasa satu majlis di Ankara, menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi besar” dan menyeru rakyat agar mendoakan mangsa.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Georgia.
Punca nahas masih dalam siasatan, dan tiada maklumat lanjut mengenai kemungkinan penumpang dari negara lain.
Ringkasan AI
- Pesawat kargo tentera Turkiye jenis C-130 terhempas berhampiran sempadan Azerbaijan dengan sekurang-kurangnya 20 anggota tentera di dalamnya.
- Kementerian Pertahanan Turkiye mengesahkan kesemua individu di pesawat adalah anggota tentera, termasuk kru penerbangan, namun jumlah korban masih belum diumumkan secara rasmi.
- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoan, menyifatkan insiden terbabit sebagai "tragedi besar" dan meminta rakyat mendoakan mangsa, sementara operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Georgia.