BANGKOK: Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.
Bagaimanapun, juruterbangnya terselamat dan mengalami cedera ringan selepas melenting keluar dari pesawat dan mendarat di kawasan sawah menggunakan payung terjun.
Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan.
"Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai nahas itu.
"Pasukan penyiasat turut dihantar ke lokasi nahas untuk menjalankan siasatan," katanya.
Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pada 5 Dis, juruterbang jet F-5 cedera selepas pesawat dipandunya terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan dekat Lopburi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022

Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Gambar hiasan/ www.f-16.net

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Fokus Minggu Depan: Lawatan PM ke Turki minggu depan
Jika dilihat dengan keadaan ekonomi negara ketika ini termasuk kenaikan inflasi, sudah tentu Malaysia memerlukan hubungan yang baik dengan negara maju, kata Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki.

Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.

Pesawat pejuang Tentera Udara Thailand terhempas
Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.

Tragedi Hawk: Mohamad Affendi anak harapan, sedaya upaya balas jasa keluarga - Ibu
Allahyarham membeli sebuah rumah di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di sini, disusuli dengan sebuah kereta pada tahun 2019 untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Pesawat pejuang F-35 UK terhempas
Sebuah pesawat pejuang F-35 British terhempas ke dalam laut semasa operasi rutin di Laut Mediterranean, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Ismail Sabri rakam takziah kepada ahli keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy
Ismail Sabri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti
TUDM berkata nahas di Pangkalan Udara Butterworth itu berlaku jam 10.07 malam pada Selasa ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.

Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah Khamis ini - Kementerian Pertahanan
Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan bimbang dengan kelibat dan bunyi enjin pesawat pejuang yang terbang rendah di ruang udara Lembah Klang mulai esok hingga Khamis ini.

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza
Jet pejuang Israel pada Jumaat melancarkan serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan dikuasai Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pesawat pejuang Super Hornet terhempas di Laut Filipina
Sebuah pesawat pejuang F/A-18F Super Hornet yang menjalani latihan terhempas di Laut Filipina pada Khamis.

Amerika setuju jual 12 pesawat pejuang canggih F-35B kepada Singapura
Amerika Syarikat telah bersetuju untuk meneruskan penjualan sehingga 12 buah pesawat pejuang F-35B kepada Singapura sementara menunggu kelulusan Kongres negara itu.

Tentera Udara Indonesia guna jet pejuang kejut orang ramai bangun sahur
Ia bukan semata-mata untuk mengekalkan tradisi, tetapi untuk memastikan bahawa anggota mereka tetap membuat latihan pada bulan Ramadan.