MOSCOW: Pesawat Antonov An-26 Rusia yang dilaporkan hilang di semenanjung Kamchatka, timur Rusia, pada Selasa, disahkan terhempas dengan semua 28 penumpang termasuk anak kapal terkorban.
Pihak berkuasa berkata, pesawat itu dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana, iaitu perkampungan di utara semenanjung Kamchatka, ketika terputus hubungan dengan kawalan trafik udara, lapor Reuters.
Memetik sumber, Interfax melaporkan bahawa pesawat itu dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk.
BACA: Pesawat Rusia bawa 28 penumpang dilaporkan hilang
Pihak berkuasa penerbangan awam Rusia mengesahkan bahawa lokasi nahas pesawat itu telah ditemui selepas kementerian kecemasan menghantar helikopter dan pasukan darat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Kementerian berkenaan juga mengesahkan terdapat 22 penumpang dan enam anak kapal di dalam pesawat yang mula beroperasi sejak 1982 itu.
Datuk Bandar, Palana, Olga Mokhireva, adalah salah seorang penumpang, lapor agensi TASS memetik pihak berkuasa tempatan.
Piawaian keselamatan penerbangan Rusia telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi kemalangan udara terutama membabitkan pesawat berusia masih biasa berlaku.
Pesawat era Soviet yang masih digunakan untuk penerbangan tentera dan orang awam di beberapa negara, telah terlibat dalam puluhan nahas maut sejak mula beroperasi sekitar 50 tahun yang lalu.
Antonov-28, pesawat yang serupa, terhempas ke hutan Kamchatka pada 2012 dalam nahas yang mengorbankan 10 orang di laluan yang sama. Penyiasat ketika itu mendapati kedua-dua juruterbang dalam keadaan mabuk ketika nahas berlaku.
Reuters
Tue Jul 06 2021
Pesawat itu dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk. - Gambar/ Reuters
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye
Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turkiye.
Pesawat Rusia terhempas, semua 28 penumpang, kru disah terkorban
Pesawat itu dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk.