awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Sriwijaya Air tidak meletup ketika terhempas

Bernama
Bernama
12/01/2021
08:07 MYT
Pesawat Sriwijaya Air tidak meletup ketika terhempas
Pesawat Sriwijaya Air dipercayai tidak meletup, sebelum terjunam ke dasar laut berdasarkan terdapat serpihan-serpihan pesawat yang ditemui setakat ini itu berukuran melebihi 23 meter. Gambar fail AP
JAKARTA:Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas dipercayai tidak meletup, sebelum terjunam ke dasar laut di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia.
Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia, Soerjanto Tjahjono dalam satu kenyataan berkata, ia berdasarkan terdapat serpihan-serpihan pesawat yang ditemui setakat ini itu berukuran melebihi 23 meter.
"Sebaran serpihan itu juga ditemui di sekitar lingkungan 400 meter di perairan berkenaan, dan pesawat tidak mengalami ledakan (letupan) sebelum membentur air (merempuh ke dalam air)," katanya.
Operasi pencarian pesawat itu memasuki hari keempat hari ini, yang memfokuskan kepada pencarian kotak hitam, yang dipercayai dapat membantu pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti punca sebenar nahas berkenaan.
Sementara itu Direktur Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Brig Jen Rasman, dalam satu kenyataan berkata operasi pencarian hari ini itu melibatkan 2,600 anggota dan 53 buah kapal, yang turut dilengkapi peralatan 'Remotely Operated Underwater Vehicle' (ROV).
Sementara itu Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam satu kenyataan berkata, Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati, tempat pengumpulan cebisan-cebisan mayat yang ditemui, telah memperolehi semua 62 sampel 'asid deoxyribonucleic' keluarga mangsa.
Rumah Sakit atau hospital itu akan melakukan proses 'ante-mortem' dan 'postmortem' bagi mengenal pasti identiti mereka yang terkorban.
Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu, terputus hubungan selepas berlepas jam 2.36 petang pada Sabtu, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. - BERNAMA
Untuk perkembangan terkini nahas pesawat Sriwijaya Air baca di sini
Topic Berkaitan
#Sriwijaya Air
#nahas pesawat
#Indonesia
#Kepulauan Seribu
#terhempas
#SJ182
#pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan