Pesawat terhempas, ketua angkatan tentera Nigeria antara 11 maut

Astro Awani
Mei 22, 2021 01:19 MYT
Ibrahim Attahiru dan lebih 10 pegawai tentera lain maut dalam nahas pesawat tentera terhempas pada Sabtu. -Wikipedia
ABUJA: Sebuah pesawat milik angkatan tentera Nigeria terhempas ketika melakukan pendaratan cemas awal pagi tadi.
Nahas meragut nyawa komander kanan Leftenan Jeneral Ibrahim Attahiru dan lebih 10 pegawai tentera lain dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaduna di wilayah utara negara itu.
Siasatan setakat ini menjurus kepada faktor cuaca buruk yang dipercayai punca pesawat tersebut terhempas, lapor media memetik jurucakap pihak berkuasa Nigeria.
Ibrahim dilantik sebagai panglima dalam barisan tentera negara itu oleh Presiden Muhammadu Buhari pada Januari lalu.
#terhempas #Nigeria #pesawat #Nahas #tentera #Leftenan Jeneral #Ibrahim Attahiru #Muhammadu Buhari #panglima