awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Philippines Airlines batalkan tiket penerbangan ke Taiwan

Reuters
Reuters
11/02/2020
03:48 MYT
Philippines Airlines batalkan tiket penerbangan ke Taiwan
Untuk rekod, lebih 115,000 warga Filipina yang tinggal dan bekerja di Taiwan yang kebanyakannya dari industri perkilangan dan pembantu rumah. - Foto Reuters
Syarikat penerbangan Filipina atau Philippines Airlines (PAL) membatalkan tiket penerbangan ke Taiwan susulan kes penularan wabak koronavirus.
Ia selepas kerajaan memutuskan untuk menambah sekatan terhadap kemasukan warga asing dari masuk ke negara itu bagi mengawal wabak baharu itu, lapor Reuters.
“Sekatan ini berkait rapat dengan isu koronavirus, sesuai dengan kehendak keselamatan dan kesihatan orang awam,” kata jurucakap PAL, Cielo Villaluna dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Biro Imigresen Filipina berkata, sekatan itu juga akan dilaksanakan segera dan akan mengikut prosedur yang sama seperti yang telah diumumkan ketika sekatan dibuat ke atas China.
“Kami telah memutuskan bahawa Taiwan juga disekat dan ia perlu dilaksanakan segera,” kata pegawai imigresen, Jaime Morente.
Tambahnya, warga Filipina dan warga asing yang memegang visa penduduk tetap (permanent resident visa) dibenarkan masuk tetapi akan dihantar ke Biro Kuarantin untuk proses pemeriksaan.
Untuk rekod, lebih 115,000 warga Filipina yang tinggal dan bekerja di Taiwan yang kebanyakannya dari industri perkilangan dan pembantu rumah.
Keputusan itu dibuat rentetan hubungan rapat antara Taiwan dan China dalam sektor ekonomi dan budaya.
Setakat ini, Taiwan merekodkan 18 kes jangkitan wabak tersebut manakala Filipina mencatat tiga kes.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Angka korban terus meningkat, lebih 1,000 maut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyenaraikan Taiwan sebagai sebahagian dari China merujuk kepada siasatannya terhadap negara yang dikategorikan sebagai zon “berisiko tinggi”.
Taiwan, bagaimanapun, menafikan bahawa mereka sepenuhnya tidak berkongsi sistem kerajaan dan sistem kesihatan yang sama dengan China.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#ekonomi
#Filipina
#Imigresen
#keselamatan
#kesihatan
#Manila
#Philippines
#Philippines Airlines
#sekatan penerbangan
#Taiwan
#Visa
#Wabak koronavirus
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan