BANGKOK: Pulau peranginan Phuket hari ini menyambut ketibaan ratusan pelancong asing, menerusi projek perintis "Phuket Sandbox" untuk merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Buat pertama kali selepas 15 bulan, akhirnya pada 11.10 pagi (waktu tempatan) Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket menyambut ketibaan antarabangsa pertama, penerbangan Etihad dari Abu Dhabi yang membawa 25 penumpang.
Ia adalah penerbangan pertama dari empat penerbangan. Kira-kira 400 pelancong dari Doha, Tel Aviv, Singapura dan Abu Dhabi, yang sudah lengkap divaksin dijadual tiba di Phuket hari ini (1 Julai).
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berlepas ke pulau itu untuk melancarkan pembukaan semula pulau peranginan yang menjadi daya tarikan utama pelancong dalam dan luar negara .
Beliau menggesa orang ramai untuk mematuhi peraturan dan langkah-langkah pencegahan untuk membolehkan lebih banyak destinasi pelancongan di negara ini dibuka semula pada pertengahan Oktober.
"Pembukaan semula Phuket merupakan langkah penting kepada usaha membuka semula pintu negara. Ia sekali gus membuka jalan bagi rakyat Thailand kembali menjalani kehidupan normal," katanya di laman Facebooknya hari ini.
Di bawah pelan "Phuket Sandbox" pelancong asing lengkap divaksin dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, tetapi perlu tinggal di pulau itu selama dua minggu sebelum boleh melakukan perjalanan ke wilayah lain di Thailand.
Pelancong asing yang dibenarkan adalah dari negara berisiko rendah dan sederhana, perlu memohon Sijil Masuk (CoE) dan membeli insurans perubatan merangkumi rawatan COVID-19 bernilai US$100,000 dan juga negatif ujian RT-PCR untuk tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Selain itu, pelancong asing mesti mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dengan vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Pihak berkuasa akan menutup semula Phuket jika kes harian COVID-19 meningkat kepada dua angka di pulau itu.
"Phuket Sandbox" menjadi model untuk wilayah pelancongan lain termasuk Chiang Mai, Chon Buri (Pattaya), Krabi dan Phang Nga dan Surat Thani (Koh Samui) yang dijangka dibuka pada Oktober.
Pelancong domestik yang mahu memasuki Phuket pula, mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin AstraZeneca atau dua dos vaksin jenis lain.
Di bawah inisiatif itu, kerajaan menyasarkan ketibaan kira-kira 100,000 pelancong asing pada suku ketiga tahun ini dan menjana pendapatan 8.9 bilion baht.
Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata berdasarkan tempahan yang dibuat dengan enam syarikat penerbangan pada Julai, menyaksikan sejumlah 11,894 pelancong (8,281 pelepasan dan 3,613 ketibaan) melalui 426 penerbangan.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata setakat hari ini seramai 6,020 telah mendaftar untuk "Phuket Sandbox".
Katanya, sejumlah 3,034 sijil vaksin telah diluluskan sementara 1,379 CoE sudah dikeluarkan manakala 4,262 lagi permohonan sedang diproses.
"Sebanyak 323 CoE telah dikeluarkan untuk 1 Julai, 471 (2 Julai) dan 270 (3 Julai)," katanya di Twitter.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
Phuket hari ini menyambut ketibaan ratusan pelancong asing, menerusi projek perintis "Phuket Sandbox" untuk merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat wabak COVID-19. - Foto REUTERS
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Penerbangan IndiGo ke Phuket dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk
Sebuah pesawat IndiGo yang dalam penerbangan dari Mumbai, India ke Phuket, Thailand terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk pada Jumaat.
Tanah runtuh di Phuket ragut lapan nyawa
Hujan lebat di Phuket menyebabkan banjir kilat, aliran air dari hutan, dan tanah runtuh yang menimbus rumah di Mueang Phuket.
Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
Raja Muda Perlis santuni masyarakat muslim di Coconut Island, Phuket
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyantuni masyarakat Islam di Coconut Island.
Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.
Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.
Sekatan COVID-19 di Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket dilonggarkan
Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik.
AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket
AirAsia Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 Nov, 2021.
Kes COVID-19 kembali meningkat, Thailand pertingkat saringan besar-besaran di Phuket
Pihak berkuasa kesihatan Thailand akan meningkatkan ujian saringan besar-besaran di Phuket minggu ini dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 yang meningkat di pulau peranginan itu.
158 cebisan plastik ditemui dalam perut penyu
Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.