awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak Berkuasa Palestin terima sokongan AS$90 juta daripada Arab Saudi

Agensi
Agensi
01/12/2025
22:30 MYT
Pihak Berkuasa Palestin terima sokongan AS$90 juta daripada Arab Saudi
Pihak Berkuasa Palestin pada Isnin menerima AS$90 juta daripada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan itu menyokong pentadbiran Palestin.
LONDON: Pihak Berkuasa Palestin pada Isnin menerima AS$90 juta daripada Arab Saudi sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan itu menyokong pentadbiran Palestin.
Dana tersebut diserahkan oleh Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa yang juga pemangku Menteri Kewangan, Estephan Salameh, di ibu pejabat Kedutaan Arab Saudi di Amman.
Penyerahan dilakukan semasa pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Jordan merangkap utusan tidak tetap ke Palestin, Putera Mansour bin Khalid bin Farhan Al-Saud.
Menurut agensi berita Wafa, Salameh menzahirkan penghargaan kepada Arab Saudi atas sokongan kewangan dan politik terhadap hak rakyat Palestin serta usaha menubuhkan sebuah negara merdeka.
Putera Mansour pula menekankan peranan Arab Saudi sebagai pengerusi bersama bersama Perancis dalam persidangan antarabangsa berprofil tinggi di New York yang menyokong perjuangan Palestin dan pelaksanaan penyelesaian dua negara.
Dalam persidangan yang berlangsung September lalu, beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Australia dan Kanada mengiktiraf kenegaraan Palestin.
Beliau menjelaskan, dana tersebut adalah sebahagian daripada komitmen kepimpinan Arab Saudi untuk membantu kerajaan Palestin memenuhi tanggungjawab kewangan.
Putera Mansour turut menegaskan sokongan berterusan untuk memperkukuh ketahanan rakyat Palestin serta membangunkan sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan, lapor Wafa.
Terdahulu, pada September, Arab Saudi mengumumkan pelancaran pakatan antarabangsa kecemasan bagi menyalurkan dana terus kepada Pihak Berkuasa Palestin dan berjanji menyumbang AS$90 juta. - Agensi
Topic Berkaitan
#Pihak Berkuasa Palestin
#dana Arab Saudi
#sokongan kewangan
#perjuangan Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan