awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thai batalkan 200 URL

Bernama
Bernama
02/11/2016
23:05 MYT
Pihak berkuasa Thai batalkan 200 URL
Rakyat Thai berkabung selama setahun berikutan kemangkatan Raja Bhumibol Audlyadej pada 13 Oktober lalu. - Gambar fail
Pihak berkuasa Thai telah membatalkan 200 alamat web atau URL (Uniform Resource Locators) yang memaparkan kandungan tidak wajar termasuk yang dianggap menghina keluarga diraja Thai.
Timbalan Perdana Menteri ACM Prajin Janthong yang juga bertindak sebagai pemangku menteri Ekonomi Digital berkata, tindakan diambil di bawah Perintah No. 26/2014 Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO) serta Akta Jenayah Komputer 2007.
"Bulan lepas pihak berkuasa mengesan 1,300 URL yang tidak wajar, dengan 1,200 dari jumlah URL dikesan selepas kemangkatan Raja Bhumibol pada 13 Oktober hingga penghujung Oktober," katanya kepada media pada Rabu.
Beliau berkata kerajaan mendapat kerjasama baik daripada Google, YouTube, Line dan Facebook dalam tindakan menghapuskan kandungan tidak wajar itu.
Minggu lepas, Polis Thai mengumumkan mereka telah menahan beberapa orang di bawah Undang-undang Lese Majeste serta memohon kerjasama beberapa negara untuk menghantar pulang rakyat Thai yang meninggalkan negara untuk mengelakkan diri dari undang-undang berkenaan.
Undang-undang itu melindungi anggota paling kanan keluarga diraja Thai dari sebarang penghinaan atau ancaman. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kandungan tidak wajar
#keluarga diraja
#Thailand
#URL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan