awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti suspek terlibat letupan bom kereta di Narathiwat

Bernama
Bernama
23/11/2022
20:30 MYT
Pihak berkuasa Thailand kenal pasti suspek terlibat letupan bom kereta di Narathiwat
Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Laksamana Muda Somkiat Pholprayoon melawat mangsa yang cedera dalam insiden letupan bom kereta di pekarangan kuarters polis di Narathiwat 22 Nov 2022. - Gambar fail BERNAMA
NARATHIWAT: Pihak Berkuasa Thailand telah mengenal pasti empat orang suspek yang terlibat dalam insiden letupan bom kereta yang menyebabkan seorang pegawai polis maut, manakala lebih 40 orang cedera di perkarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand pada Selasa.
Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata siasatan awal mendapati kumpulan yang mendalangi letupan itu aktif di Tak Bai, Sungai Kolok dan Muang di Narathiwat.
Beliau berkata pihak polis sedang menjejaki wanita berusia 32 tahun dari Yaring, Pattani yang merupakan pemilik pikap yang digunakan dalam letupan bom di perkarangan kuarters polis untuk membantu siasatan.
"Wanita itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas meninjau di lokasi letupan bom kereta di Daerah Muang, Narathiwat semalam.
Insiden kira-kira 12.45 petang (waktu tempatan) pada Selasa, sebutir bom buatan sendiri antara 80 hingga 100 kilogram dipasang dalam sebuah pikap dan diletupkan di perkarangan kuarters polis. Kuarters dua tingkat itu menempatkan 70 keluarga anggota dan pegawai polis.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memandu sebuah pikap ke tempat letak kereta di pekarangan kuarters polis sebelum beredar dari kawasan itu dengan menaiki sebuah motosikal.
Tidak lama kemudian, bom tersebut meletup dan letupan itu menyebabkan bangunan dan kenderaan di tempat letak kereta berhampiran kuarters polis berkenaan terbakar dan mengalami kerosakan teruk.
Setakat ini, Hospital Narathiwat Rajanagarindra menyatakan 43 orang telah menerima rawatan di hospital termasuk tiga kanak-kanak berusia antara 10 bulan dan 11 tahun.
Sehingga 6 petang (waktu tempatan), 10 orang masih menerima rawatan di hospital manakala lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, Timbalan Komander Tentera Bahagian Ke-4, Mej Jen Pramote Prom-in berkata pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Narathiwat termasuk mengadakan sekatan jalan untuk menjejaki suspek yang terlibat dalam letupan bom.
"Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom
#kuarters polis
#Narathiwat
#polis kenal pasti suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan