NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya seorang pegawai polis maut manakala 30 lagi termasuk orang awam cedera dalam insiden letupan bom kereta di pekarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand hari ini.
Dalam insiden kira-kira 12.45 tengah hari (waktu tempatan), satu letupan dilaporkan di pekarangan kuarters polis apabila sebutir bom buatan sendiri yang dipasang dalam sebuah pikap dan diletupkan.
Setakat ini, Hospital Narathiwat Rajanagarindra menyatakan sekurang-kurangnya 31 orang menerima rawatan di hospital termasuk tiga yang cedera parah.
Ketua Polis Daerah Narathiwat Kolonel Jeffrey Salaimankul berkata letupan itu turut mengakibatkan bangunan kuaters dan kenderaan polis serta orang awam mengalami kerosakan.
"Ia sebutir bom kereta. Siasatan awal berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup mendapati seorang lelaki memandu sebuah pikap ke tempat letak kereta di pekarangan kuaters polis sebelum beredar dari kawasan itu dengan menaiki sebuah motosikal.
"Bom buatan sendiri seberat lebih 50 kilogram dan dipasang pada tong gas dalam pikap itu kemudiannya diletupkan," katanya pada satu sidang media.
Letupan itu menyebabkan bangunan dan kenderaan di tempat letak kereta berhampiran kuarters polis berkenaan terbakar dan mengalami kerosakan teruk.
Polis sedang menjejaki suspek dan menyiasat motif serangan.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Sementara itu, pemangku jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan polis dan pasukan keselamatan mempercepatkan siasatan.
"Perdana Menteri turut mengarahkan agensi berkaitan meningkatkan langkah-langkah keselamatan di tempat awam," katanya.
Ketua Polis Negara Jen Damrongsak Kittiprapat turut melawat Narathiwat untuk memantau dan menyiasat insiden itu.
Statistik kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan kitaran keganasan yang berterusan di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla yang terletak di selatan Thailand bermula sejak 2004 yang telah meragut lebih 7,000 nyawa setakat ini.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan menghadapi gangguan dan terhenti beberapa kali.
Perbincangan antara kerajaan Thailand dan BRN, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, bermula pada 2019.
Selepas beberapa siri mesyuarat, rundingan itu dikatakan telah mencapai kemajuan konkrit dan penting yang membawa harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022
Sekurang-kurangnya seorang pegawai polis maut manakala 30 lagi termasuk orang awam cedera dalam insiden letupan bom kereta di pekarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand hari ini. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom kereta di Turkiye
Malaysia menggesa supaya pelaku perbuatan kejam itu segera dibawa ke muka pengadilan.
Seorang maut, 30 cedera dalam letupan bom kereta di selatan Thailand
Sekurang-kurangnya seorang pegawai polis maut manakala 30 lagi termasuk orang awam cedera dalam insiden letupan bom kereta di pekarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand hari ini.
Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Setakat ini polis masih belum mengenal pasti identiti dua lagi mangsa yang terbunuh dalam letupan itu.