awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand tahan suspek ketiga serangan bom

Bernama
Bernama
03/09/2015
13:34 MYT
Pihak berkuasa Thailand tahan suspek ketiga serangan bom
Insiden bom di Kuil Erawan mengorbankan 20 orang dan mencederakan lebih daripada 130 mangsa - Gambar Fail
Walaupun pihak berkuasa Thailand di Bangkok enggan mengesahkannya, berita mengenai penangkapan suspek ketiga di Narathiwat yang dikatakan terlibat dalam kes pengeboman di Bangkok telah tersebar luas.
Penangkapan suspek tersebut disahkan oleh seorang pegawai renjer berpangkat Kolonel kepada media tempatan di Narathiwat.
Beliau berkata anggota renjer dari Kompeni ke-36 telah menahan suspek warga Thailand yang dikenali sebagai Kamaluddin Sahak.
Kamaluddin, 38, ditahan di sebuah rumah di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok, pada 1 Sept lepas, kata Kolonel tersebut yang enggan namanya disiarkan.
Beliau berkata suspek telah dipindahkan ke Bangkok malam tadi dan sebelum itu telah disoal siasat di Kem Renjer di Narathiwat.
Malam tadi suspek dipindah ke kem tentera di Bangkok dengan menggunakan helikopter tanpa pengetahuan media tempatan, kata beliau hari ini.
Dua suspek yang telah ditahan sebelum ini dikatakan warga asing iaitu Adem Karadak yang ditahan di sebuah apartmen di Daerah Nong Chok pada 29 Ogos and Yusufu Meerailee yang ditahan di daerah Aranyaprathet berdekatan sempadan Thailand dan Kemboja pada 1 Sept.
Insiden bom di Kuil Erawan mengorbankan 20 orang dan mencederakan lebih daripada 130 mangsa, manakala tiada yang maut atau cedera dalam kejadian di dermaga Sathorn yang terletak di Sungai Chao Phraya.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Chidlom
#Erawan
#letupan
#maut
#Pasir Mas
#polis
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan