awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Pakistan: Imran Khan tunai tanggungjawab, pengundi 'banjiri' pusat pengundian

Bernama
Bernama
08/02/2024
11:21 MYT
Pilihan raya Pakistan: Imran Khan tunai tanggungjawab, pengundi 'banjiri' pusat pengundian
Imran telah dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya manakala partinya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) berdepan tindakan keras sebelum pengundian diadakan. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan menunaikan tanggungjawab mengundi secara pos pada Khamis ketika berjuta-juta rakyat Pakistan berkumpul di pusat-pusat pengundian di seluruh negara untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum.
Imran telah dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya manakala partinya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) berdepan tindakan keras sebelum pengundian diadakan.
Calon-calon PTI yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum bagaimanapun dilarang daripada menggunakan simbol parti itu, menjejaskan peluang mereka berdepan saingan dua parti utama lain -- Pakistan People's Party (PPP) pimpinan bekas menteri luar Bilawal Bhutto Zardari dan Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) yang diketuai bekas perdana menteri Nawaz Sharif.
Dalam perkembangan sama, selebriti-selebriti Pakistan turut menggalakkan orang ramai keluar mengundi secara beramai-ramai.
"Mengundi bukan sahaja hak kami -- ia adalah kuasa kami!" kata pemain kriket Shaheen Afridi, menggesa orang ramai keluar dan mengundi untuk "Pakistan yang lebih baik."
Sementara itu, Presiden Arif Alvi memberitahu negara dengan 241 juta orang penduduk bahawa mengundi untuk wakil mereka adalah kewajipan mereka menurut prinsip-prinsip Islam, perlembagaan dan sivik.
Lebih 90,500 pusat pengundian telah dibuka untuk membolehkan 128.5 juta pengundi berdaftar mengundi pada pilihan raya umum ke-12 negara itu.
Mereka akan memilih seramai 266 ahli Dewan Rakyat serta menentukan nasib calon-calon Majlis Perundangan Punjab, Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.
Dewan Rakyat mempunyai jumlah 336 kerusi, dengan 60 kerusi dikhaskan untuk wanita manakala 10 lagi untuk bukan Muslim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya Pakistan
#bekas perdana menteri Pakistan
#Imran Khan
#mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan