FILIPINA akan memilih presiden baharu dengan pengundi di salah satu ekonomi utama Asia Tenggara bakal keluar ke pusat mengundi dalam pilihan raya umum pada Isnin.
Kira-kira 18,100 jawatan bakal dipertandingkan, termasuk peranan utama sebagai Presiden dan Naib Presiden, serta 12 jawatan senator, lebih 300 kerusi Dewan Rakyat dan beribu-ribu pekerjaan tempatan.
Lebih 65.7 juta rakyat Filipina dilaporkan layak mengundi, dengan waktu mengundi dipanjangkan bermula seawal 6 pagi hingga 7 malam bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dilaksanakan dengan baik.
Berikut lima perkara yang perlu diketahui tentang pilihan raya umum Filipina yang bakal mengubah landskap politik negara itu:
Siapa yang bakal menjadi Presiden baharu Filipina?
Terdapat 10 calon bakal bertanding jawatan presiden, namun tempoh tinjauan pendapat menunjukkan perlumbaan kini tertumpu kepada dua pesaing utama.
Ferdinand Marcos Jr., anak mendiang diktator Filipina menerusi hasil tinjauan dijalankan Pulse Asia pada pertengahan April lalu menunjukkan 56 peratus daripada 2,400 responden menyatakan mereka akan mengundi Marcos jika pilihan raya diadakan ketika itu.
Manakala pesaing kuatnya, Leni Robredo, penyandang naib presiden memperoleh keputusan sebanyak 23 peratus ketika kemnya masih berharap untuk meraih kemenangan, didorong oleh kempen besar-besaran dari rumah ke rumah oleh sukarelawan dan sokongan selebriti.
Turut serta ialah bekas petinju, Manny Pacquiao, dan Datuk Bandar Manila, Francisco Domagoso masing-masing 7 peratus dan 4 peratus.
Apakah isu utama yang dibangkitkan ketika tempoh kempen?
Pencalonan Marcos Jr. sendiri merupakan topik utama dalam kempen itu, kerana isu mendiang bapanya yang digulingkan kerana rasuah besar-besaran dan pencabulan hak asasi manusia dalam revolusi rakyat pada 1986.
Keturunannya terkenal dengan penyelewengan hak asasi manusia dan rasuah sehinggakan sebuah suruhanjaya kerajaan masih mengejar kekayaan hasil haram bernilai AS$2.4 bilion yang didakwa dikumpul oleh keluarga Marcos.
Kuasa media sosial juga terus menjadi tumpuan. Pelbagai kandungan yang memberi sokongan padu terhadap Marcos menjadi tular di Facebook, TikTok dan YouTube dan ia membantu melonjakkan populariti Marcos Jr.
Penyemak fakta menggambarkan kandungan palsu itu sebagai cubaan untuk melupuskan rekod keluarga Marcos yang sebelum ini dipandang hina.
Antara isu lain yang dibangkitkan semasa perdebatan dan sesi forum yang dibangkitkan oleh Marcos termasuk pemulihan ekonomi daripada wabak itu, rasuah kerajaan dan pertikaian wilayah Laut China Selatan.
Siapa yang dijangka mengambil jawatan naib presiden?
Datuk Bandar Davao Sara Duterte, anak perempuan kepada penyandang presiden, Rodrigo Duterte mengetuai persaingan timbalan presiden dengan kutipan markah 55 peratus.
Sara adalah rakan seperjuangan Marcos, walaupun presiden dan naib presiden dipilih secara berasingan.
Tahun lepas, Sara mengungguli tinjauan pendapat untuk jawatan presiden, tetapi memutuskan untuk memberi laluan kepada Marcos untuk menyatukan pencalonan mereka.
Kuasa naib presiden secara tradisinya terhad, namun menurut penganalisis politik, Peter Mumford mendedahkan, Sara akan menjadi naib presiden yang jauh lebih berpengaruh jika dia menang bersama Marcos.
Pencabar lain untuk jawatan naib presiden ialah Presiden Senat Tito Sotto dan Senator Francis Pangilinan, yang masing-masing memperoleh 18 peratus dan 16 peratus, dalam tinjauan pendapat Pulse Asia yang lepas.
Apa yang bakal berlaku dalam perlumbaan Senat?
Wajah-wajah lama dalam politik Filipina bakal mendominasi perlumbaan Senat dan ramai daripada mereka disokong oleh tiket Marcos-Duterte yang mana ia berpotensi memberi Marcos sokongan perundangan yang penting jika menang.
Personaliti televisyen, Raffy Tulfo dan bekas Senator Loren Legarda, juga seorang wartawan TV sebelum memasuki politik, mendahului tinjauan pendapat Pulse Asia baru-baru ini untuk senator.
Calon-calon dari dinasti politik berada di landasan untuk menyertai saudara mereka dalam dewan 24 ahli. Mereka termasuk bekas Speaker Dewan Rakyat, Alan Peter Cayetano, abang kepada penyandang Senator, Pia Cayetano. Juga, bekas Setiausaha Kerja Raya Duterte, Mark Villar, anak kepada Senator Cynthia Villar dan bekas Naib Presiden, Jejomar Binay serta bapa kepada Sen. Nancy Binay.
Kedua-dua anak lelaki bekas Presiden Joseph Estrada yang digulingkan iaitu Jinggoy dan JV juga menunjukkan prestasi yang baik dalam tinjauan pendapat.
Adakah pilihan raya akan berlangsung adil?
Proses pilihan raya di Filipina sememangnya panas dan ditambah lagi dengan kehangatan apabila terdapat dakwaan pembelian undi dan mesin mengundi tidak berfungsi sekali gus menambah bebanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Namun, sistem pengundian automatik secara meluas dianggap boleh dipercayai.
Suruhanjaya itu juga telah meletakkan sekurang-kurangnya 11 bandar dan satu wilayah di bawah pengawasan langsungnya kerana sejarah keganasan dan kehadiran tentera persendirian sebelum ini.
Pada 2009, 58 orang, termasuk lebih 30 wartawan, telah dibunuh beramai-ramai ketika dalam perjalanan ke pemfailan pencalonan calon gabenor di wilayah selatan Maguindanao.
Astro Awani
Sun May 08 2022
Hasil tinjauan Pulse Asia menunjukkan 56 peratus daripada 2,400 responden menyatakan mereka akan mengundi Ferdinand Marcos (kanan) jika pilihan raya diadakan ketika itu, manakala 23 peratus lagi menyokong Robredo (kiri). - Reuters
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman
Bekas Presiden Rodrigo Duterte tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Quad House mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman (EJK) yang dikaitkan dengan kempen antidadahnya.
Filipina tidak akan ambil bahagian dalam siasatan ICC terhadap kempen antidadah
Filipina tidak akan mengambil bahagian dalam keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk meneruskan siasatan ke atas kempen antidadah presiden Rodrigo Duterte sebelum ini.
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menyambung semula penyiasatan terhadap 'perang dadah' oleh Filipina yang menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.
Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan
Kes tembak yang menyebabkan kematian seorang wartawan radio Filipina, Percival Mabasa memberi tamparan hebat terhadap tahap kebebasan akhbar di negara itu.
Filipina tolak sertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Ini selepas pendakwa raya ICC merancang untuk menyambung semula siasatan ke atas kempen 'perang melawan dadah' kerajaan Filipina sebelum ini.
Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.
Pilihan Raya Presiden Filipina: Marcos Jr menang bergaya
Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr, lebih dikenali sebagai Bongbong, telah melepasi 27.5 juta undi yang diperlukan.