awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Thailand berlangsung, pemprotes terus desak pembaharuan

Bernama
Bernama
02/02/2014
00:00 MYT
Pilihan raya Thailand berlangsung, pemprotes terus desak pembaharuan
Rakyat Thai keluar mengundi hari ini, tetapi ini tidak mungkin dapat menamatkan kecelaruan politik yang sedang melanda negara itu.
Sebaliknya akan timbul lebih banyak ketidaktentuan memandangkan pemprotes bertekad untuk meneruskan kempen protes mereka.
Ketua kumpulan pemprotes Suthep Thaugsuban menegaskan pemprotes tidak akan pulang ke rumah selagi pembaharuan nasional tidak dilakukan - sekalipun kumpulan pro-kerajaan tetap menyatakan bahawa pilihan raya umum akan dilaksanakan esok, tidak kira apa pun berlaku.
Suthep yakin keputusan pilihan raya hari ini akan diisytihar tidak sah oleh kerana proses perlembagaan telah dicabuli.
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar memahami niat Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang tidak menentang pilihan raya tetapi mahukan pembaharuan tertentu dilaksanakan sebelum pilihan raya diadakan.
Sementara itu, pendahulu Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra, bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva menulis di akaun Facebooknya bahawa beliau tidak akan keluar mengundi hari ini kerana beliau mendakwa pilihan raya itu tidak mengikut perlembagaan.
Bagaimanapun, ramai juga yang bertekad untuk melaksanakan hak mereka mengundi, dan mereka turut melancarkan kempen nyalaan lilin di Bangkok dan beberapa tempat lain.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya sebelum mengetuai perarakan menuju ke Chinatown Bangkok pagi Ahad, untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina Thai dan meraih sokongan untuk kumpulan itu sebelum pilihan raya Ahad.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#pilihan raya
#protes
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan