awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pimpinan parti Imran Khan rancang bentuk kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2024
23:30 MYT
Pimpinan parti Imran Khan rancang bentuk kerajaan
Pengerusi parti PTI, Gohar Khan yang juga bertindak sebagai peguam bekas Perdana Menteri, Imran Khan menyeru kesemua institusi di Pakistan supaya menghormati mandat partinya. - Foto REUTERS
LAHORE: Calon- calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk kerajaan pada Sabtu.
Pengerusi parti Pakistan Tehreek-Insaf (PTI), Gohar Khan yang juga bertindak sebagai peguam bekas perdana menteri itu mendesak penyokong untuk berdemonstrasi secara aman jika keputusan pilihan raya akhir tidak diumumkan.
"Insya-Allah, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) akan membentuk kerajaan persekutuan. Dan bersama-sama dengan ini, Pakistan Tehreek-e-Insaf juga akan membentuk kerajaan di wilayah KPK (Khyber Pakhtunkhwa)," katanya.
Dalam masa sama, Gohar Khan turut menyeru kesemua institusi di Pakistan supaya menghormati mandat partinya.
Parti itu dijangka akan mengadakan bantahan secara aman pada Ahad di luar pejabat kerajaan yang mengembalikan keputusan pilihan raya di seluruh negara sekiranya keputusan lengkap pengundian tidak diumumkan pada Sabtu.
Pakistan yang memiliki penduduk berjumlah 241 juta orang pengundi mengadakan pilihan raya pada hari Khamis ketika negara itu berjuang pulih dari krisis ekonomi dan pertempuran keganasan militan dalam persekitaran politik yang sangat terpolarisasi.
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Imran Khan
#Pakistan
#pilihan raya
#pilihan raya Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan