awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar gesa kerjasama ASEAN-Australia diperkukuh

Bernama
Bernama
10/10/2024
23:50 MYT
PM Anwar gesa kerjasama ASEAN-Australia diperkukuh
Albanese hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia Keempat yang berlangsung di National Convention Centre, Vientiane, Laos, 10 Okt 2024. --fotoBERNAMA
VIENTIANE: Malaysia menggesa kerjasama antara negara anggota ASEAN dan Australia diperkukuhkan, terutama dalam bidang pembangunan modal insan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia Keempat menekankan kepada kerjasama dalam sektor utama termasuk keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan tenaga bersih.
Beliau turut menegaskan kepentingan mengutamakan pendidikan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran penting yang diperlukan dalam bidang yang sedang berkembang ini.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengetuai delegasi negaranya pada sidang kemuncak itu, sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan yang diadakan di sini.
Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Australia atas kejayaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Mac 2024, yang meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-Australia.
Beliau turut menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan perniagaan yang diteraju wanita di ASEAN untuk memanfaatkan sepenuhnya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Ditubuhkan di Vientiane pada 30 Nov 2004 semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Australia-New Zealand, AANZFTA adalah perjanjian ekonomi komprehensif yang dihasilkan untuk meningkatkan akses pasaran dan peluang pelaburan di seluruh ASEAN, Australia dan New Zealand, menggalakkan persekitaran perdagangan yang lebih liberal, telus dan memudahkan dalam kalangan penandatangan.
Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN daripada Laos pada 11 Oktober.
Sebelum ini, Malaysia menggalas peranan sebagai pengerusi pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 kini dianggotai oleh 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Albanese
#Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak ASEAN-Australia
#Pembangunan Modal Insan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan