awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Australia Albanese umum semakan risikan susulan insiden tembakan di Pantai Bondi

Bernama
Bernama
21/12/2025
20:00 MYT
PM Australia Albanese umum semakan risikan susulan insiden tembakan di Pantai Bondi
Albanese berkata agensi risikan persekutuan dan penguatkuasaan undang-undang negara itu akan disemak semula susulan insiden tembakan di Pantai Bondi. - Foto fail/REUTERS
ISTANBUL: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata agensi risikan persekutuan dan penguatkuasaan undang-undang negara itu akan disemak semula susulan insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney pada 14 Dis lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, Albanese berkata semakan itu akan disiapkan pada April dan diterbitkan, lapor Australian Broadcasting Corporation pada Ahad.
Pada petang Ahad lalu, seorang lelaki bersama anaknya melepaskan tembakan di pantai berkenaan, mengorbankan 15 orang dan mencederakan 42 yang lain. Polis menyifatkan insiden itu sebagai "serangan pengganas".
Menurut Albanese, "kekejaman" pada minggu lalu itu "mengukuhkan hakikat bahawa persekitaran keselamatan negara kita sedang berubah dengan pantas. Agensi keselamatan kita mesti berada dalam kedudukan terbaik untuk bertindak balas".
Dennis Richardson, bekas ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO) serta Jabatan Pertahanan dan Hal Ehwal Luar, akan mengetuai semakan itu melalui jabatan Perdana Menteri sendiri.
Memberi tumpuan kepada agensi persekutuan, termasuk ASIO dan Polis Persekutuan Australia, semakan berkenaan akan meneliti "kuasa, struktur, proses dan pengaturan perkongsian sedia ada bagi memastikan keselamatan rakyat Australia".
Ahad ditetapkan sebagai "National Day of Reflection" bagi memperingati nyawa yang terkorban dalam kejadian tembakan itu, dengan Albanese menghadiri satu upacara di lokasi kejadian pada petang Ahad, bersama Ketua Menteri New South Wales, Chris Minns.
"Pengganas cuba memecah-belahkan negara ini, namun inilah masanya untuk kita bersatu padu - khususnya pada "National Day of Reflection" ini," kata Albanese dalam satu hantaran di platform media sosial X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#semakan risikan
#Perdana Menteri Australia Anthony Albanese
#Pantai Bondi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan