awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Israel Benjamin Netanyahu di ambang kejatuhan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
02/06/2021
09:33 MYT
PM Israel Benjamin Netanyahu di ambang kejatuhan
Benjamin Netanyahu diambang kejatuhan apabila pemimpin pembangkangdari parti Yesh Atid, Yair Lapid sedang dalam rundingan pemerintahan gabungan dengan beberapa pemimpin lain. - Gambar REUTERS
KEPIMPINAN Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diambang kejatuhan apabila pemimpin pembangkang negara itu dari parti Yesh Atid, Yair Lapid sedang dalam rundingan pemerintahan gabungan dengan beberapa pemimpin lain.
Ini memberi tanda bahawa pemerintahan Netanyahu selama 12 tahun iaitu tempoh pemerintahan paling lama pernah dilakukan oleh mana mana Perdana Menteri Israel akan berakhir.
Pengumuman gabungan itu dijangka dibuat menjelang tengah malam Rabu iaitu pukul 9 malam (waktu tempatan).
Malah, Yair Lapid dijangka merasmikan gabungan pemerintahan itu pada pukul 11 pagi Khamis (waktu tempatan).
Gabungan ini wujud selepas pemimpin sayap kanan Naftali Bennett, yang mempunyai enam kerusi di Parlimen bergabung dengan parti Yesh Atid.
Dengan 17 kerusi, Yesh Atid adalah parti kedua terbesar dalam 120 anggota Knesset iaitu dalam Parlimen Israel.
Gabungan Lapid sebagai pemimpin parti Yesh Atid dan Bennett yang mengetuai parti Yamina akan menghasilkan pemerintahan dengan perbezaan ideologi yang mendalam mengenai isu penempatan Yahudi di Tebing Barat dikuasai Israel dan peranan agama dalam politik.
Lapid, ditugaskan membentuk kerajaan oleh Presiden Reuven Rivlin selepas Netanyahu sekali lagi gagal memperoleh majoriti susulan pilihan raya keempat Israel yang kurang meyakinkan dalam tempoh kurang dua tahun.
Lapid juga dilaporkan setuju membenarkan Bennett memegang jawatan Perdana Menteri terlebih dulu dalam proses penggiliran jawatan itu, sebelum mengambil alih pada penggal seterusnya.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Israel
#PM
#Perdana Menteri
#Parlimen
#pilihan raya
#pembangkang
#Tebing Barat
#Benjamin Netanyahu di ambang kejatuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan