awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump

Agensi
Agensi
04/02/2025
23:20 MYT
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan pertemuan di Washington. - Gambar X @N12
WASHINGTON: Bilionair Elon Musk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anaknya, Yair, di sini, sejurus sebelum pemimpin Israel itu dijadualkan menghadiri mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Sebagai pengasas syarikat roket SpaceX dan pembuat kereta Tesla, Musk tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS.
Bagaimanapun, beliau menjadi personaliti yang sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
White House malah pernah merujuk Musk sebagai "pegawai khas kerajaan" - meskipun beliau tidak menerima gaji dan tidak mempunyai peranan sepenuh masa.
Walau bagaimanapun, Trump telah memberinya akses luas kepada kemudahan dan rekod kerajaan, termasuk maklumat sulit.
"Netanyahu dan anaknya Yair dalam pertemuan dengan Elon Musk," lapor agensi penyiaran Israel, N12, dalam satu hantaran di media sosial. - Al Jazeera
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Perdana Menteri Israel
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan