awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Israel Netanyahu ikrar teruskan perang

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2023
00:10 MYT
PM Israel Netanyahu ikrar teruskan perang
Kenyataan ini dibuat selepas pertemuan dengan penasihat keselamatan Amerika Syarikat, Jack Sullivan. - Foto AP
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengulangi kenyataan tidak akan menamatkan pertempuran dengan Hamas.
Beliau bertegas perang akan diteruskan sehingga Hamas dihapuskan sepenuhnya.
Kenyataan ini dibuat selepas pertemuan dengan penasihat keselamatan Amerika Syarikat, Jack Sullivan.
"Hari ini saya bertemu penasihat keselamatan Amerika Syarikat, Jack Sullivan. Saya menyatakan penghargaan terhadap sokongan AS kepada Israel, dalam membekalkan aset pertahanan kepada IDF, termasuk menghentikan cubaan PBB untuk menamatkan pertempuran serta dalam membantu membebaskan warga kami yang menjadi tahanan.
"Saya mahu jelaskan, kami tidak akan berhenti di sini. Saya maklumkan kepada rakan-rakan di AS, wira kami tidak mati sia-sia. Daripada kesakitan dengan kehilangan mereka, kami lebih berazam untuk meneruskan pertempuran, sehingga Hamas dihapuskan sepenuhnya, ini adalah kemenangan," katanya.
Pertemuan dengan Sullivan ini berlangsung ketika Israel mengesahkan pertempuran untuk menghapuskan Hamas akan berterusan untuk beberapa bulan lagi.
Pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum ini menyatakan pendirian kurang senang dengan kegagalan Israel mengelak korban awam.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel mendakwa puluhan pejuang Hamas menyerah diri pada Khamis.
Jurucakap tentera Daniel Hagari mendakwa kaedah pertempuran terbaharu Israel menyebabkan Hamas tidak lagi dapat bertahan.
"Kami menggunakan kaedah pertempuran yang baharu, untuk membunuh pengganas. Kami akan terus memasuki kawasan tempat pengganas berlindung dan menunggu masa sesuai untuk menyerang. Mereka tidak lagi akan dapat bertahan.
"Berbeza dengan gambar yang kami gunakan sebelum ini, hari ini puluhan pejuang keluar dari tempat persembunyian, mengangkat senjata dan menyerahkan diri mereka kepada IDF. Beginilah keadaannya buat pejuang Hamas. Kami akan teruskan operasi kami terhadap organisasi Hamas," katanya.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Jack Sullivan
#Hamas
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan