awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Starlink janji internet percuma untuk Venezuela hingga 3 Februari
Wanita mengaku tidak bersalah ludah polis, hina Islam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada mahu terima suntikan vaksin COVID-19 depan khalayak ramai

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2020
08:45 MYT
PM Kanada mahu terima suntikan vaksin COVID-19 depan khalayak ramai
Kanada menjangkakan akan menerima dos vaksin tambahan tidak lama lagi dari pembekal Pfizer dan Moderna, selepas mendapat kebenaran daripada pegawai kesihatan memberi yang terakhir. - Gambar fail
MONTREAL:Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berhasrat untuk menerima suntikan vaksin bagi COVID-19 di hadapan khalayak ramai apabila kumpulan umurnya mula menerima vaksin itu.
"Sudah pasti! apabila tiba giliran saya, saya akan lakukannya depan khalayak ramai dan dengan penuh semangat," katanya.
"Saya akan mengikuti saranan pakar kesihatan awam. Bila-bila masa, orang dewasa yang sihat berusia 40-an terbuka untuk mendapatkan vaksin. Saya akan divaksin," katanya.
Trud yang bakal berusia 49 tahun pada 25 Disember ini berkata demikian dalam satu temubual Ahad lepas.
Mac lalu, isteri Trudeau, Sophie Gregoire Trudeau didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.
Menurut Tradeau, beliau berkemungkinan dijangkiti COVID-19 bagaimanapun simptom yang dialaminya sangat ringan.
"Saya mungkin dijangkiti. Saya tidak tahu kerana tidak bergejala," katanya.
Pada 14 Disember lalu, Kanada mula memberi vaksin kepada individu yang diletakkan dalam kategori berisiko tinggi, termasuk petugas bariasan hadapan, walaupun bekalan vaksin Pfizer-BioNTech yang diterima agak terhad.
Kanada menjangkakan akan menerima dos vaksin tambahan tidak lama lagi dari pembekal Pfizer dan Moderna, selepas mendapat kebenaran daripada pegawai kesihatan memberi yang terakhir.
Mempunyai 38 juta penduduk, Kanada sudah menempah lebih 400 juta dos vaksin dari beberapa syarikat farmaseutikal.
Pada Sabtu, Kanada sudah melepasi 500,000 kes positif COVID-19 dengan 14,212 jumlah kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins.
Topic Berkaitan
#Justin Trudeau
#Perdana Menteri
#Moderna
#Pfizer-BioNTech
#COVID-19
#Kanada
#Universiti Johns Hopkins
#Sophie Gregoire Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan