awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
Serangan seksual: Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan, lelaki 75 tahun dipenjara 8 tahun
Artik dan Greenland kekal keutamaan EU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat

Bernama
Bernama
05/01/2026
08:45 MYT
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Bekas Pengarah Eksekutif London Biscuits mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan menyebabkan kerugian salah terhadap sebuah syarikat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan London Biscuits Berhad mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan menyebabkan kerugian salah terhadap sebuah syarikat berjumlah lebih RM7 juta.
Datuk Seri Liew Yew Chung, 56, yang ketika kejadian merupakan pengarah suatu perbadanan tersenarai, iaitu Khee San Berhad didakwa dengan niat telah menyebabkan kerugian salah terhadap Khee San Food Industries Sdn Bhd dengan membatalkan 25 perjanjian hutang antara syarikat berkenaan dan 11 individu berjumlah RM7,119,465.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 2019 di Khee San Food Industries, Jalan Kolej, Seri Kembangan, dekat sini mengikut Subseksyen 317A(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC) Keith Loo menawarkan jaminan RM3 juta dengan dua penjamin serta syarat tambahan Liew perlu melaporkan diri dua bulan sekali di pejabat SC sehingga kes selesai.
"Kesalahan di bawah Subseksyen 317A Akta Pasaran Modal adalah satu kesalahan serius yang melibatkan keyakinan pelabur untuk melabur dalam pasaran modal Malaysia, oleh itu pihak kami memohon jumlah jaminan setimpal diberikan," katanya yang dibantu seorang lagi Pegawai Pendakwa SC Eunice Ong.
Peguam Shankar Govinth yang mewakili Liew memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya sebelum ini telah didakwa pada Mei 2025 di Mahkamah Sesyen di sini dengan jaminan RM300,000 berserta dua penjamin.
"Anak guam saya hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda dan mengenakan alat sokongan leher selepas menjalani tiga pembedahan tahun lepas, selain dia juga sedang dirawat untuk masalah kemurungan dan saraf," katanya.
Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail masing-masing membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua kes serta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pada 16 Mei 2025, Liew didakwa atas 13 pertuduhan berkaitan penyampaian penyata kewangan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad serta pemalsuan rekod syarikat tersenarai.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#bekas pengarah eksekutif
#London Biscuits
#sebabkan kerugian
#Liew Yew Chung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan