awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kemboja Hun Sen letak jawatan, beri laluan kepada anak sulung

Agensi
Agensi
26/07/2023
08:11 MYT
PM Kemboja Hun Sen letak jawatan, beri laluan kepada anak sulung
Meskipun Hun Sen berundur daripada jawatan pentadbiran, beliau dijangka akan dilantik sebagai Presiden Senat dan terus terlibat dalam pemerintahan Kemboja. - Gambar fail/REUTERS
PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen yang merupakan salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di dunia, mengumumkan peletakan jawatan pada Rabu.
Menurut beliau, kuasa akan diserahkan kepada anak sulungnya selepas hampir empat dekad pemerintahan dengan pendekatan keras.
Sebagai bekas tentera Khmer Rouge berusia 70 tahun itu, beliau menghapuskan segala bentuk penentangan terhadap pemerintahannya, dengan melarang parti-parti pembangkang dan menyekat kebebasan bersuara.
"Saya ingin memohon pengertian rakyat semasa saya mengumumkan bahawa saya tidak akan meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri," katanya dalam siaran khas di saluran televisyen negara.
Parti Rakyat Kemboja (CPP) di bawah pimpinan beliau memperolehi kemenangan mutlak dalam pilihan raya pada hari Ahad yang lalu tanpa ada sebarang penentangan dengan 82 peratus undi, membuka jalan kepada penerus dinasti anak sulungnya.
Meskipun Hun Sen berundur daripada jawatan pentadbiran, beliau dijangka akan dilantik sebagai Presiden Senat dan terus terlibat dalam pemerintahan Kemboja.
Anaknya akan diumumkan sebagai Perdana Menteri selepas Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan keputusan penuh pengundian.
Hun Manet berusia 45 tahun merupakan ketua Angkatan tentera Kemboja dan buat pertama kali memenangi kerusi Parlimen dalam pilihan raya tahun ini.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Kemboja
#Samdech Techo Hun Sen
#Khmer Rouge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan